Thursday, January 31, 2008

BOWLING PERDANA....CORKIANS OR SAPER2 YG INTERESTED

Biro Sukan KUC dengan sukacitanya menganjurkan Pertandingan Bowling Perdana KUC 2007. Pertandingan akan diadakan pada hari Sabtu, 9 Februari 2008 di Leisureplex, Cork bermula jam 10 pagi.

Pertandingan terbuka kepada semua warganegara Malaysia kad pengenalan Malaysia . Pihak penganjur telahpun berunding dengan pihak penyedia tempat kejohanan dan mereka bersetuju memberi harga istimewa iaitu maksimum 10 euro untuk 2 games ataupun 14 euro untuk 3 games. Untuk makluman kadar biasa bagi satu game pada hari Sabtu ialah ~ 8 euro. Para pesera akan bermain minimum of 2 games, akan tetapi jika semua peserta memilih untuk bermain 3 games, kami akan anjurkan pertandingan sebanyak 3 games.
Objektif pertandingan adalah untuk menjadi wadah untuk merapatkan hubungan dan menguatkan ikatan silaturrahim sesama warganegara Malaysia . Di samping itu, pertandingan ini juga bertujuan untuk menjadi medium melepaskan segala ‘stress’ terutama sekali kepada mereka yang baru sahaja selasai menghadapi peperiksaan. Tidak lupa juga, pertandingan ini diadakan untuk menggilap bakat-bakat dalam arena bowling.
Pelbagai hadiah menarik menanti para pemenang. Hadiah-hadiah bukan sahaja akan diberi kepada peserta yang memungut jatuhan pin yang paling tinggi, malah pihak penganjur telah mengaturkan untuk memberi hadiah-hadiah misteri seperti Striker – peserta yang Berjaya mendapat strike yang paling banyak- dan sebagainya.
Setiap peserta akan dibahagikan kepada "group of fours" secara rawak. Kami akan "acknowledge" jatuhan pin individual dan juga jatuhan pin secara berkumpulan. Walaubagaimanapun, para peserta dibolehkan untuk membentuk pasukan masing-masing (4 pemain) tetapi bayaran tambahan sebanyak 5 euro/satu pasukan akan dikenakan. Sila berurusan secara terus dengan pihak penganjur.
Dengan rasa rendah hati, pihak penganjur berhak menukar sebarang syarat dan peraturan serta perkara-perkara yang membabitkan pertandingan dan akan memberitahu yang terlibat kemudiannya. Segala keputusan pihak penganjur adalah muktamad. Sebarang perkara yang remeh-temeh tidak akan dilayan.
Kepada yang berminat, bolehlah mendaftar terus dengan Saudara Nik Fathul di talian 085-7163721 atau Ikhwan Azmi(Wami) di talian 085-7732597. Borang penyertaan boleh didapatkan dari maestro09akularr@ yahoo.com. Bagi yang mendaftarkan secara “text” sila beri nama penuh, e-mail dan bowling average anda. Tarikh tutup penyertaan adalah pada hari Selasa 5 Februari 2008 pada jam 11.59 malam untuk memudahkan pihak pengurusan. Sebarang pertanyaan boleh diajukan secara terus pihak penganjur. Sila war-warkan kepada sahabat-sahabat yang lain. Mari kita bersama-sama memburu ayam belanda!!

No comments: