Dear Encik/Puan BLOG,
Hari ini saya telah menerima sekeping email(aci la kan sebab surat sekeping surat kan?) dari Prof saya yakni Dekan Sekolah Perubatan UCC. Beliau menulis,
"You will shortly be making a decision about your internship. I would like to remind you of the need to honour any commitment to your sponsor and to discuss your internship plans with them."
Ini telah menunjukkan, encik MARA atau Encik JPA telah menghubungi mereka menyatakan betapa pentingnya untuk kami pulang berkhidmat ke tanahair tercinta. Oleh itu rasanya untuk tidak menimbulkan masalah di kemudian hari saya harus pulang ke Malaysia. Saya harus pulang untuk membayar balik duit cukai rakyat yang menaja biasiswa saya ke Ireland.
Oh dan betullah sepupu saya seorang lagi akan melangsungkan perkahwinan beliau dengan teman lelaki beliau pada akhir bulan 4 ini. Ini meninggalkan saya keseorangan yang sama umur untuk masih tidak berkahwin.hahaha.. Epi merupakan sepupu saya yang paling gatal sekali yang mane telah melangsungkan perkahwinan beberapa bulan yang lepas. Beliau lahir pada bulan Julai. Saya merupakan cucu kedua selepas Epi kerana saya lahir bulan Ogos. Hajar yang akan melangsungkan perkahwinan beliau pada akhir bulan ini juga sama umur dan beliau lahir pada bulan September. Oleh itu..hm saya pon tidak tahu apa saya cuba sampaikan. mari siapkan skrip utk esok. Sekian.
Yang benar,
3 comments:
hurm...rs tk besh kan biler sumer sepupu yg sebaya dh kawen..tk besh sbb nanti sumer org bertnyaaa..sungguh bosannn
Faham apa yg aina nak cuba sampaikan....
Cubaan langkah bendul telah terjadi...
Cucu Julai'84 (telah berkahwin)
Cucu Ogos'84 (status masih unknown)
Cucu September'84 (confirm kahwin april)
Hehe...
Sudah beberapa lama ku membaca Blog mu..Inilah masa nya untuk memberi kata-kata dan teguran-teguran...Sepanjang membaca cerita-cerita kamu...bertahun-tahun lamanya...ku fikir...kamu banyak mengikut perasaan,ikut hati,tidak berfikiran panjang....tanpa mengunakan akal dengan sebaik nya..kamu bakal Doktor...kamu harus bersikap seperti seorang yang bijaksana,cekap dan tegas....
1. Tak ada apa-apa perbezaan,jika kamu kerja di sabah/Sarawak/Outside daripada Kota Bharu dengan berkhidmat di Ireland.....di Sabah/Sarawak/KL/outside..jika apa-apa berlaku di kelantan...kamu mungkin mengambil masa untuk tiba di rumah kamu...jika tinggal di Ireland pun sama...ambil masa....jika tak dapat jumpa..tak ada lah rezeki kamu...jika dapat jumpa...itulah rezeki kamu...percayalah kepada rezeki....
2. Kamu kerja di Ireland dapat banyak wang..boleh tolong keluarga..adik-beradik...di Ireland kamu kaya...setiap bulan pun kamu mampu pulang..mampu bawa keluarga mu jalan2 di Europe...tapi di Malaysia..belum tentu kamu akan pulang setiap bulan...dan belum tentu kamu akan dapat kerja di kelantan...belum tentu di bandar...tapiiiii mungkin di kawasan pedalaman nun jauh di sana..yang mengambil masa kira-4-5 jam untuk ke airport atau ke bandar????????
3. Di Ireland..teknologi nya maju..Ilmu perubatannya lebih tinggi..ia memberi peluang yang lebih banyak untuk kamu terokai...dan kamu boleh berbakti di tanah air nanti dengan pengalaman dan ilmu yang luas apabila kamu bergelar pakar di masa hadapan...Ia lebih berbaloi...boleh mengurangkan risiko kepada pesakit...bukan menyakitkan pesakit..bukan membuat kajian ke atas pesakit...bukan meningalkan gunting,benang,jarum dalam badan pesakit..
4. Pengalaman yang kamu tuntut di sana..sangat berharga..dan kamu akan lebih berkembang maju...
5. Di Ireland..ramai orang Malaysia...kalau kamu nak makan masakan Malaysia pun tak ada masalah...kamu boleh memasaknya sendiri...nak makan masakan mak pun..tak ada masalah...balik or beli saja tiket kepadanya...kamu banyak wang...disebabkan makanan kamu nak balik ke Malaysia??itu langsung tidak cekap....
6. Tanggungjawab kepada adik beradik???apakah???Inilah tanggungjawab kamu... menjadi contoh kepada adik-adik untuk berjaya...kamu nak jaga dia?nak dodoi dia?nak ulik dia??dia bukan budak-budak kecil lagi..tahu jaga diri...pandai berfikir... sudah pandai berdikari...adik-beradik kamu semuanya bijak-bijak!tidak perlu risau..
7. Kamu nak kawan-kawan dengan Jurutera?doktor?Lawyer?Peniaga?di merata-rata tempat kamu boleh dapatkannya...pandai bergaul mesra..pasti tak ada masalah...
8. Kamu nak rumah?apartment?Kereta...jika kamu di Ireland...senang-senang saja..gaji kamu boleh beli marcedes..Bmw..ferrari..porshee...tapi jika di Malaysia..lu pikir la sendiri....tax nya tinggi...pakai kereta Nasional la....balik nanti bukan setakat apartment atau kondo...kamu boleh bina banglo besar dan mewah...
9. Berkorban lah untuk masa depan..jangan kerana sikap budak-budak kamu itu..fikiran yang pendek itu..menguasai dirimu..inilah masa nya untuk berkorban demi keluarga...demi dirimu..rakyat-rakyat dan juga pesakit-pesakit Malaysia...BERKORBAN....
10. Orang lain ada ibu..orang lain ada bapa..orang lain ada adik beradik...orang lain sayang ibu dan bapa mereka...tapi mereka kuat..dan sanggup berjauhan..bukan nya lembik....
11. Sudah cukup pengalaman..sudah menjadi pakar..balik ajaaa...dan kamu boleh mengajar doktor-doktor di Malaysia..ilmu yang kamu pelajari di sana..bawa balik ke Malaysia...Tidak semestinya kamu belajar di Ireland kamu hebat..kamu pandai...bagi saya..kamu langsung tak ada pengalaman yang betul-betul bagus..kamu kosong!hanya belajar di sana tidak bermaksud apa-apa...belajar..semua orang boleh membuatnya..tapi pengalaman....jarang-jarang orang mendapat nya.....
12. Jika kamu menjawab..di Malaysia..kamu boleh mendapat Pengalamannya..Jawapanya..lebih baik belajar di Malaysia..tak usah belajar jauh-jauh...Jauh perjalanan...luas pemandangan...Yes!kamu kena balik...bukan kerja di sana selama-lamanya...kamu berhutang dengan rakyat..guna duit rakyat...TAPII rakyat mahu yang terbaik daripada kamu...Doktor yang mempunyai KUALITI...bertaraf ANTARABANGSA...
13. Jangan lah kerana sikap manja kamu itu...kamu mahu pulang dan berdamping dengan keluarga...Inilah masanya untuk maju...Kumpul duit banyak-banyak..balik..buka klinik sendiri...bagi ubat murah-murah..perkhidmatan dengan kos yang rendah..kena berjasa..Pada masa itulah kamu boleh membalas jasa orang-orang kampung yang kamu guna duit mereka sekarang ini...
14. Sekian sahaja...minta maaf jika tersalah kata-kata...perkataan yang tak sesuai...saya bukan pintar seperti kamu...tapi saya rasa pemikiran saya lebih matang darimu sesuai dengan umurku....saya pasti...pendapat saya ini sangat berbeza dengan kawan-kawan kamu sekalian...lain orang..lain pemikiran nya.....Selamat berjaya...
Post a Comment