Wednesday, April 8, 2009

comment

Someone drop a comment in my prev entry..Thanks!!

Anonymous said...

Sudah beberapa lama ku membaca Blog mu..Inilah masa nya untuk memberi kata-kata dan teguran-teguran...Sepanjang membaca cerita-cerita kamu...bertahun-tahun lamanya...ku fikir...kamu banyak mengikut perasaan,ikut hati,tidak berfikiran panjang....tanpa mengunakan akal dengan sebaik nya..kamu bakal Doktor...kamu harus bersikap seperti seorang yang bijaksana,cekap dan tegas....(yep..i knw that..=)

1. Tak ada apa-apa perbezaan,jika kamu kerja di sabah/Sarawak/Outside daripada Kota Bharu dengan berkhidmat di Ireland.....di Sabah/Sarawak/KL/outside..jika apa-apa berlaku di kelantan...kamu mungkin mengambil masa untuk tiba di rumah kamu...jika tinggal di Ireland pun sama...ambil masa....jika tak dapat jumpa..tak ada lah rezeki kamu...jika dapat jumpa...itulah rezeki kamu...percayalah kepada rezeki....(yep..thats y im considering of staying here..i mentioned it to the interviewer..."xder gunenye saya balik malaysia kalau saya tak dapat KB" and they keluarkan hadith yg saye xpenah dgr..)

2. Kamu kerja di Ireland dapat banyak wang..boleh tolong keluarga..adik-beradik...di Ireland kamu kaya...setiap bulan pun kamu mampu pulang..mampu bawa keluarga mu jalan2 di Europe...tapi di Malaysia..belum tentu kamu akan pulang setiap bulan...dan belum tentu kamu akan dapat kerja di kelantan...belum tentu di bandar...tapiiiii mungkin di kawasan pedalaman nun jauh di sana..yang mengambil masa kira-4-5 jam untuk ke airport atau ke bandar???????? (money is not everything....i dont think my parents nak mende tu..they want me..by their side..bukannye duit...duit bukannye membawa kebahagian. Yes u r right keje kat ireland mmg kaya..and mmg betol duit tu penting tapi kdg2 die bukannye membawa kebahagiaan and happiness...sometimes it brings sorrow and misery)

3. Di Ireland..teknologi nya maju..Ilmu perubatannya lebih tinggi..ia memberi peluang yang lebih banyak untuk kamu terokai...dan kamu boleh berbakti di tanah air nanti dengan pengalaman dan ilmu yang luas apabila kamu bergelar pakar di masa hadapan...Ia lebih berbaloi...boleh mengurangkan risiko kepada pesakit...bukan menyakitkan pesakit..bukan membuat kajian ke atas pesakit...bukan meningalkan gunting,benang,jarum dalam badan pesakit..(wohoo stay sampai jadi pakar..lametu.hahahaha..:P..mmg confirm xkan kawen lah.hahahaha.:P..)

4. Pengalaman yang kamu tuntut di sana..sangat berharga..dan kamu akan lebih berkembang maju...(5 yrs pon dh lame rasenye)

5. Di Ireland..ramai orang Malaysia...kalau kamu nak makan masakan Malaysia pun tak ada masalah...kamu boleh memasaknya sendiri...nak makan masakan mak pun..tak ada masalah...balik or beli saja tiket kepadanya...kamu banyak wang...disebabkan makanan kamu nak balik ke Malaysia??itu langsung tidak cekap....(you dont know and u dont appreciate it cuz u r not staying in Ireland..food sini sangt penting)

6. Tanggungjawab kepada adik beradik???apakah???Inilah tanggungjawab kamu... menjadi contoh kepada adik-adik untuk berjaya...kamu nak jaga dia?nak dodoi dia?nak ulik dia??dia bukan budak-budak kecil lagi..tahu jaga diri...pandai berfikir... sudah pandai berdikari...adik-beradik kamu semuanya bijak-bijak!tidak perlu risau..(kamu tidak boleh berfikiran sedemikian..tanggungjawab sebab my sis everytime ade smthing going on kat rumah die kene balik tolong and skip kelas..and i senang lenang kat sini..dont u think it is SELFISH?mmg diorg bijak2 but diorg nak juga time for themselves kan?)

7. Kamu nak kawan-kawan dengan Jurutera?doktor?Lawyer?Peniaga?di merata-rata tempat kamu boleh dapatkannya...pandai bergaul mesra..pasti tak ada masalah...(yep..tapi irish buat ape?cuz in the end i nak stay kat malaysia kan?)

8. Kamu nak rumah?apartment?Kereta...jika kamu di Ireland...senang-senang saja..gaji kamu boleh beli marcedes..Bmw..ferrari..porshee...tapi jika di Malaysia..lu pikir la sendiri....tax nya tinggi...pakai kereta Nasional la....balik nanti bukan setakat apartment atau kondo...kamu boleh bina banglo besar dan mewah...(saye x perlukn BMW, Ferrari or kete mewah pon..i just need privacy and my own happiness..xsemestnye org ade bmw tu hepi kan?instead diorg mesti tkt org nak rompak diorg kan?)

9. Berkorban lah untuk masa depan..jangan kerana sikap budak-budak kamu itu..fikiran yang pendek itu..menguasai dirimu..inilah masa nya untuk berkorban demi keluarga...demi dirimu..rakyat-rakyat dan juga pesakit-pesakit Malaysia...BERKORBAN....(yep already did that)

10. Orang lain ada ibu..orang lain ada bapa..orang lain ada adik beradik...orang lain sayang ibu dan bapa mereka...tapi mereka kuat..dan sanggup berjauhan..bukan nya lembik....(diorg bukan anak sulung.diorg bukan mommy's lil girl.diorg bukannye daddy's lil girl..diorg bukan wan nor aina..)

11. Sudah cukup pengalaman..sudah menjadi pakar..balik ajaaa...dan kamu boleh mengajar doktor-doktor di Malaysia..ilmu yang kamu pelajari di sana..bawa balik ke Malaysia...Tidak semestinya kamu belajar di Ireland kamu hebat..kamu pandai...bagi saya..kamu langsung tak ada pengalaman yang betul-betul bagus..kamu kosong!hanya belajar di sana tidak bermaksud apa-apa...belajar..semua orang boleh membuatnya..tapi pengalaman....jarang-jarang orang mendapat nya.....(yes..i knw that..kosong...=()

12. Jika kamu menjawab..di Malaysia..kamu boleh mendapat Pengalamannya..Jawapanya..lebih baik belajar di Malaysia..tak usah belajar jauh-jauh...Jauh perjalanan...luas pemandangan...Yes!kamu kena balik...bukan kerja di sana selama-lamanya...kamu berhutang dengan rakyat..guna duit rakyat...TAPII rakyat mahu yang terbaik daripada kamu...Doktor yang mempunyai KUALITI...bertaraf ANTARABANGSA...(i always want to further my study in Malaysia but dah dapat peluang kan..bukannye sume org dapat kan?)

13. Jangan lah kerana sikap manja kamu itu...kamu mahu pulang dan berdamping dengan keluarga...Inilah masanya untuk maju...Kumpul duit banyak-banyak..balik..buka klinik sendiri...bagi ubat murah-murah..perkhidmatan dengan kos yang rendah..kena berjasa..Pada masa itulah kamu boleh membalas jasa orang-orang kampung yang kamu guna duit mereka sekarang ini...(owh i dont want to be JUST a GP..cmon!)

14. Sekian sahaja...minta maaf jika tersalah kata-kata...perkataan yang tak sesuai...saya bukan pintar seperti kamu...tapi saya rasa pemikiran saya lebih matang darimu sesuai dengan umurku....saya pasti...pendapat saya ini sangat berbeza dengan kawan-kawan kamu sekalian...lain orang..lain pemikiran nya.....Selamat berjaya...(sama-sama..thanks anyway!!!)



32 comments:

Munirah Abd said...

hanya anak sulung fahami anak sulung..ceeeewaahhh

tanggungjwb anak sulung lain beb..

anak sulung juga agak manja dlm family..sbb anak sulungkan kuar dulu dari adik2x yg lain..yg ceriakan family yg baru nak terbentuk..

xpe aina..
mmg ko patut balik for good..

balik tauuuuuuuuuu!!!

Anonymous said...

MONEY
I don’t totally agree with your statement that money is not everything in this world. We work most of lives to earn money to live comfortably in this modern world. Because basically you need money to advance through the stages... Move out of home, buy a car, maintain car and house start family, upgrade car/house/job etc.Money is the way of life and is a huge factor in the growth nations, communities and individuals. It is everything. You may get a lot of symbolic answers but the bottom line is that if you have no money, you have nothing.

MARRY
Kenapa kamu harus fikir semua itu…jodoh…rezeki..ajal..semua itu sudah di atur..kamu tidak perlu risau…Ia bukanlah satu alasan bagi mu….kamu boleh mendapat lelaki yang bagus di mana-mana tempat…“wohoo stay sampai jadi pakar..lametu.hahahaha..:P..mmg confirm xkan kawen lah.hahahaha.:P..)” adakah ini jawapan yang terbaik untuk rakyat-rakyat Malaysia…


FOOD
Sekali lagi pesanan saya…jadilah orang yang cekap…kamu fikir saya tidak appreciate?kamu fikir saya tidak merasai sebab saya tidak tinggal di Ireland???ITU ADALAH SALAH SAMA SEKALI…tanggapan mu itu tidak betul sama sekali…kamu harus pandang ke bawah…kamu harus lihat orang yang berada di bawah..adakah kamu sudah merasai..makan nasi dengan garam tanpa lauk pauk selama berbulan-bulan…adakah kamu sudah merasai makan nasi dengan air tanpa lauk pauk…adakah kamu sudah merasai makan sekeping roti selama 3 hari berturut-turut?adakah kamu merasai..minum air sungai…jadi..sekali lagi saya nyatakan…bertindak dengan cekap…

SELFISH
Tidak sama sekali…siapakah cakap kamu selfish jika kamu berkelakuan macam itu…siapa cakap kamu senang lenang….kamu di Ireland berusaha untuk masa depan keluarga..untuk ibu dan bapa..untuk adik beradik…dan yang penting sekali untuk rakyat jelata….itu adalah pengorbanan mereka kepada family kamu…lain orang..lain tempat..lain caranya…lain pengorbanannya..seperti yang saya katakan sebelum ini…kamu harus sedar..tugas doktor bukanlah mudah…kamu ingat berada di Malaysia..kamu boleh balik dengan sewenang-wenangnya kerana mahu menjaga adik kamu..kamu ingat boleh tinggal pesakit yang menderita kesakitan sewenang-wenangnya???

mmg diorg bijak2 but diorg nak juga time for themselves kan…saya suka akan ayat ini…sangat menarik…”NAK JUGAK”..saya pun nak jugak berehat..pahlawan-pahlawan Negara pun nak jugak berehat…menteri-menteri yang bertungkus lumus untuk Negara..nak jugak time diorang…polis-polis pun nak jugak time diorang..tetapi..mereka cekap..mereka bijak…perkataan itu mereka abaikan..demi keluarga tersayang dan Negara tercinta…


POPULASI
Di UK..terdapat ramai rakyat melayu…ramai pelajar melayu di sana…ramai pelajar Malaysia di sana..di kalangan mereka terdiri daripada pelajar-pelajar pintar dari fakulti perubatan..fakulti lawyer…fakulti kejuruteraan..fakulti perniagaan..fakulti perakaunan…seperti yang saya nyatakan sebelum ini…kamu harus lebih bersikap terbuka..di Ireland kamu boleh mendapat banyak rakan-rakan Malaysia daripada fakulti perubatan…jarak antara UK dan Ireland saya rasakan sangat dekat..dan ramai pelajar-pelajar dari UK mengunjungi Ireland..jadi itu tidak menjadi masalah kepada kamu..untuk mendapat rakan-rakan dari pelbagai bidang…tinggal di Ireland tidak bermakna kamu tidak mempunyai rakan-rakan di Malaysia langsung..kamu kena selalu berutusan dengan mereka..

WAN NUR AINA
Jika orang fikir beli kereta mewah itu menakutkan…maka tiada siapa yang akan impikan memiliki kereta mewah..saya pasti..ramai yang impikan kereta mewah jika mereka berkemampuan...
Siapa kata..mereka bukan anak mommy…bukan anak daddy…diorang pun dahagakan kasih sayang ibubapa mereka…diorang pun rapat dengan ibubapa mereka…DISEBAB kan kamu wan nor aina lah kamu perlu membuat sesuatu…

Anonymous said...

kepada saudari...

saya pun anak sulung...
saya pun mempunyai adik beradik yang ramai...
saya memahaminya...
saya mempunyai tanggungjawab...
saya pun anak manja...


cik aina...
jangan biarkan emosi mempengaruhi mindamu...

peratusan menunjukan
Ireland mendahului Malaysia..
dan kamu harus berfikir secara bijaksana....dan tepat...
demi masa depan dan rakyat...

Hafizatul Akmar Hussin said...

hoho! terpana baca entry kali ni.

hee, ikut kata hati diri.
kebahgiaan adalah pabila kita bersama org2 tersyg kan! ;0

biasalah kadg2 org tak phm ape yg kite rasa kan!
anyway, all the best! ;)

kendian leyh pulang kepangkuan urg2 tersyg!! orite! =D

Hafizatul Akmar Hussin said...

kepada ano ,
ni laks pendapat saye.. tak kire mana pown kite study. ilmu tetap ilmu..

ireland mendahului malaysia.
hehe.
sy study kt tempat yg mundur dari malaysia.ekekke.

adakahitu bermakna ilmu sy tidak berguna?
munkin kamu yg patut buka hati,minda dgn bijaksana. hoho!

peace!! :p

PhotoAddict said...

Pendapat peribadi kan...

ANONYMOUS tak cool dan tak berani untuk mengakui siapa dirinya la...

Tak best la cakap dan nasihat berkobar-kobar tapi diri sendiri takut nak tampil ke hadapan...

Tapi... Jom kita bersangka baik...

Mesti ada sebab kenapa ANONYMOUS memilih dirinya menjadi ANONYMOUS...

Ini kerana setiap apa yang kita lakukan, fikirkan, tindakan kita berlandaskan kepada sebab-musababnya yang kadang-kala kita sendiri tak faham kenapa melainkan tuan punya diri...

Begitu juga dengan pemilik blog ini... Masing-masing ada reason yang tersendiri... Lain padang, lain belalangnya... Yang pasti kita masih di satu bumi yang sama... di bawah naungan tuan yang sama... dari sebab-musabab itulah akan melahirkan natijah dari keputusannya itu...

Jadi kita hidup ini untuk apa sebenarnya?

Berpusing sekitar makan, minum, tidur, kerja, duit, social kah?

Cuba fikir baik-baik semula...

Kenapa kita semua jadi keliru sebegini?

Try rujuk purpose of life kita yang sebenar di dalam manual yang sebenar...

1) 2:30
2) 67:2
3) 7:59, 65, 73, 85
4) 11:50, 61, 84
5) 23: 23, 32

Selain itu kan...

dalam dunia ini tiada seorang pun yang dapat mengetahui dengan pasti apa yang diusahakan besok dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi manakah dia akan mati... namun kita perlulah berusaha melakukan sesuatu itu kerana Allah dan ada keinginan mendapat reda Allah...

dalam hidup ini juga, kita perlu restu ayah dan ibu juga dalam meniti kehidupan ini selagi ia tidak membelakangkan agama...

memang benar kita bukan hidup untuk seorang, tapi untuk orang ramai juga... orang ramai itu siapa? ayah, mak, adik-adik, saudara-mara, rakan-rakan, pengunjung blog juga boleh jadi adalah orang ramai itu...

Kita terbuka menerima pandangan dan teguran dalam mendewasakan diri... Namun, bagi sesetengah perkara kita perlu mengabaikan penilai tak berbayar ini, kita tak perlu hiraukan mereka kerana mereka tidak mengetahui apa yang kita hadapi sebenarnya...

Yang penting, jika benar ANONYMOUS ada rasa kasih kepada pemilik blog ini atau sesiapa saja... Doakanlah kebahagian mereka... Tak seharusnya ada pihak yang menyokong memisahkan antara anak dan ayah mama... Doakanlah mereka bersatu dan bahagia...

Buat pengetahuan ANONYMOUS...

kesian juga kepada mereka yang pandai bijaksana ini... Dari kecil mereka dah bersekolah asrama, jauh dari keluarga... Memang benar mereka banyak ilmu dan genius... Namun dalam keadaan itu mereka sedar mereka kurang mawaddah waramah dengan orang tersayang mereka... Kini apabila tiba masanya, lepaskanlah mereka kembali ke pangkuan keluarga itu... Ini tak bermakna mereka tidak boleh berbakti kepada masyarakat... Malah menjadi energy utk mereka berbakti apabila hidup dalam kasih sayang bersama keluarga yang selama ini selalu dirindui...

Fikir-fikirkanlah... Orang kata dari tulisan boleh kenal siapa orang itu... Sebenarnya tidak selagi kita tak makan, minum bersama, mengharungi perjalanan jauh bersama, tidur sebantal bersama... fikir-fikirkanlah...

Aina, berusaha lakukan yang terbaik!

Maaf jika kata-kata ini ada salah dan silapnya...

dari orang yang biasa-biasa sahaja yang masih berusaha untuk hidup menghidupkan kehidupan sehari-hari yang pastinya ada sebab dan natijahnya...

PhotoAddict said...

uhuks! tiba2 panjang laks comment... emokah? hahaha! sabar ajerlah...

kawanainatuuutt.hahaha said...

erk... byk gler contradiction dalam anon punye statement.. argument does not support ur statement..
bab kate die rase die berfikiran lagi matang gler lah takbley blah..

but then, its anon punye opinion..

crack-cracker said...

kepada:ANONYMOUS
apa yang saya boleh cakap tentang diri anda ialah anda sorang yang sangat selfish!!! nie direct saya cakap.

1.adakah anda ANONYMOUS pernah pikir family kita perlukan kita bila meraka dalam kesusahan?bila masa mereka sakit?susah payah dia orang lahirkan kita, besarkan kita dan memberi pendidikan yang sempurna kpd kita.dengan alasan nak berlajar tinggi2 dan advance maka kita sanggup tinggalkan fimily untuk masa yg lame?macam alongdiya mention diatas,sekolah pun duduk asrama, lepas tu bila masuk U berjauhan dari family.. sekolah menengah 5years+2years foundation + 5 years maka total menjadi 14 year bejauhan setiap hari..cuba anda ANONYMOUS bayangkan.itu belom lagi bila kita decide nak stay kat over sea pulak! ambik masa lagi dalam 4 or 5 year lagi..betapa selfishnya diri kita nie kalau buat macam itu..pendidikan asas adalah menaengah+university.. dah genggam segulung ijazah kedoktoran itu tidak memadaikah?mamang la kita digalakkan menimba ilmu setingginya..tapi kena kena juga pikirkan orang2 keliling kita..terutamanya mak ayah kita..sampai bila mereka nak idup berjauhan dengan kita?

2.saudara/saudari ANONYMOUS disaat mak ayah atau family kita sakit or nazak dan kita tak ada tepinya maka apakah faedahnya kita belajar tinggi2? seorang anak itu sungguh malang nasib jika dia tak da tepi mak ayah masa mereka dalam keadaan nazak?sekali mereka dah tutup mata mk selamanya kita tak mungkin dapat menghidupkan kembalinya.. erti kasah sayang mak ayah kita tak mungkin dapat diganti oleh apa2 jua didunia nie..

3.apa la sangat dengan ferari,bmw dan merce? adakah kereta yang mewah2 segalanya bagi ANONYMOUS? kalau ye, maka anda seorang yang amat la selfish dan tak pernah pikir pasal perasaan mak ayah anda.saya yakin!! kebahagian yang da bila kita bersama mak ayah kita adalah harta yang paling bernilai..kereta ferari,bmw dan merce tak bernyawa! mak ayah kita bernyawa!!

4.belajar kat mane2 pun sama sahaja saudara/saudari ANONYMOUS..dimane ada kemahuan disitu ada jalannya..jangan la bg alasan negara Europe ada teknology canggih tapi malaysia tak ada..semua itu alasan semata2..kenapa pakar bedah cardiac IJN mampu menyelamatkan nyawa TUN mahathir?kenapa dia tak perlu pergi ke Ireland untuk lakukan bypass?ilmu itu ada kat mane2 sahaja..terpulang pada kita mau belajar atau tidak sahaja.

5.sampai bila kita nak harapkan adik beradik kita menjaga maka ayah kita? sampai bila dia orang nak berkorban untuk kita? JANGAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI ANONYMOUS! satu rumah berdirinya kukuh diatas kerjaya sama semua ahli rumah itu. bukan seorang duduk tengok yang lain bersusah payah..baik tak payah study tinggi2 macam nie.

6.dalam situsi ini cik WAN NUR AINA dia pikirkan pasal family dia, dia tak selfish, dia tak penting kemewahan semata-mata, dai tak belajar tinggi2 untuk beli ferari..dia ada matlamat dia sendiri..dia tak berfikiran macam
ANONYMOUS! setiap orang ada cara dia dan the way dia fikir.so jangan la cuba nak samakan situsai ANONYMOUS dengan cik Aina..

sekian..

Munirah Abd said...

eh anonymous..kamu ni siapa ek??

saya sokong crack-cracker,kawanainatuuutt.hahaha,alongdiyana ,Hafizatul Akmar Hussin

oh aina..
pulanglah..hehehehe

Sweet Thinker said...

5 seken ym ngan kamo. den xperlukan semua jawapan diatas. hua3x!

Witty Angel said...

Munirah : hehe..tulah..ade responsibility sket di situ..

Anonymous : of course la kan if u dont have money u have nothing but then its not everything kan?kenape skang kan org makin kaya makin xcukup duit?try fikir?sebab once u jadi kaya u akan ade high tendency nak spend banyak2..hmm tha la..and dear anonymous, mmglah saye alhamdulillah makan xpenah lagi sampai macam tu sekali tapi tu tak bermaksud saye x appreciate makanan?saye appreciate je dapat makan roti di bumi ireland ni but i cakap i lagi suke malaysian foods...AND YESSS MR ANONYMOUS I WOULD WILLING TO DO ANYTHING FOR MY FAMILY..kalau saye diberi pilihan nak jaga adik yg sakit yg perlukan saye or pesakit of course dengan selfishnye saye akan sanggup quit job as a doctor just for the sake of my family. I am seriously would do that..and kamu tak faham sebenarnye point saye yang member2 tu...to be honest with u kan kiteorg kat sini kawan2 limited..tapi kawan2 nilafamily kiteorg kat sini...owh and lastly mmg to b honest with u saye tak penah mengidam nak pakai bmw or merce ke ape..maybe among kete yang saye rs mwah yg saye idamkan satu je=>volks beetle..tu pon saye rase x worth it..baek duit tu saye gune utk beli bende lain or sedeah kat org len..why nak berlagak dgn kete mewah sedangkan ade ramai lagi sedare2 kite xcukup makan esp kat palestin..why not u dermakan kat org2 susah?

anonymous : ye maybe emosi mempengaruhi minda saya..saya hanya lah insan biasa...

hafizatul : aha..kebahagiaa adalah bersama2 org tersayang...a friend of mine penah cakap xkan u nak idup kat hospital je?kat sini kan idup pergi kelas balik kelas tdo..tu jer..

hafizatul : semua same je..ilmu itu tetap ilmu..=)

along di : hehe agak la..sebab xgune name betol..hehehe.:P..sedih la bace komen along di..rase macam dh lame sangat tngal jauh dgn family..rase macam hehe terharu sedikit.."lepaskanlah mereka kembali ke pangkuan keluarga itu"..hehe ayat ni paling best..

kawanainatuut: hehe..ni macam ayat masa belaja theory of knowledge kat kmb je..hehehe

crack-cracker : aha...baru perasan dh lamesebenarnye berjauhan dengan family..=(..rindu..aha crack cracker point u yg number 2 tu yang buat i nak balik sangt2 msia cuz i want to be by their side when sumthing happen..i want to be the one yang mengucap dua kalimah syahadah kat diorg...i want to be the one yang jaga diorg...diorg dh besarkan kami dgn susah payah now masa utk balas balik..=)
owh satu lagi kan mmg la ireland canggih tapi ade mende2 tu xde kat msia lagi kan so kiteorg kene belaja gune malaysia punye teknik..hehe..:P..so mmg kadang2 xberbaloi gak la stay sebab baek balik awal belaja sume mende tu awal2 b4 dh jadi pakar tapi xtau papekan?mmg best la u crack-cracker!!!

munirah : hehe..thanks munie!!aku nak pulang jadi pengapit ko kawen boleh?hahaha

sweet thinker : saye tidak faham..


Owh and anonymous..hehee...kamu berjaya buat saya mengisi separuh borang intern registration ireland tu..hehe..tapi lepas tu i called my dad and he personally asked meto go home so rasenyer mmg kene balik la kot..

f_mgh said...

hehe.. siapakah anonymous?

Aina's SA?

One of those bloggers?

Aina's own good friend who's not confident to say it face-to-face nanti kena booo?

Ataupun...






Aina sendiri yang dengan camouflage ittew berjaya meraih 12 (13 termasuk wit saya nih)?


Per pun Aina, balik lerr...

Saya dari Form 1 masuk boarding school then masuk matrik then uni ie 11 tahun tak dok dgn parents.

lepaih grad trus usaha cari keje kat kuantan so leh dok dgn mak abah. so everyday I could see them in fornt of me..

don't miss this kinda opportunity.. a blessing irreplacable..

and if Aina balik Mesia takde "the" macho guy waiting, worry not, ader lah tu nanti (saya pong ader muahahahhaa).

Sekian, terima kasih.

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA".

*Note: SA = secret admirer

aziahzuber ialah name saye. said...

sapekah Anonymous itu?? adekah die perasan yg statement die byk contradict ngn statement die jgk? weirdo~

chEe said...

hak hak
giler ar
comment 10x lagi pnjang dari entry

aku yg mmg dari memula jejak kaki kebumi ireland nih plan nak stay kat sini until mendapat kelayakan tahap consultant pon da tergugat dek recent developement kat bumi hijau nih (giler tunggang langgang aku nyer BM)

anyway, antara factors yg push suh kije je sini

1. chance nk bunuh patient masa 1stime oncall sangat tipis sbb ada back up dari 2 3 orang superior.
2. chance nk kene maki kl buat silap, rendah
3. patient centred, so treat patient instead of treat the diseases
4. gaji best (suatu masa dulu)
5. kat europe hampir tengah2, nk g jlan2 senang.ryanair murah je
6. social life outside working hour, international. galway penuh ngn orang dari rata2 dunia, bukan mat n minah indon je
7. colluege(rasa cam salah je spelling) competent but tak kiasu.
8. tak panas (ske ati ar nk cakap aku lupa daratan pon, tp malaysia panas weih)
9. udara tak tercemar...yet

factors yg suh balik mesia
1. sini takde nasik kerabu
2. gaji nk kene potong half start july
3. takde reimbursement utk training
4. visa kije je da 1k euro
5. ujan je time winter, kl snow byk2 kan best sket
6. berkhidmat utk bangsa dan negara
7. msia amalkan seniority, kl kije sini dulu, nnt nama lmbt masuk dalam system, nk naik gaji susah
8. disease spectrum different, so bout half nk kene bljr blk bila balik msia
9. kl nk buat surgery, lagi byk chance nk potong [esakit kat msia
10. da 5 tahun tak raya betul2 weih
11. malaysia need more doctors, kalau semua pakat tanak balik awal2, sape nk treat ngn nisbah 1 to 3000 skang tuh
12. if takde berjaya nk belajar anything yg ley balik and implement kat msia after study sini 5 tahun, what diff of another 1 or 2 years make?
13.hujan emas ditempat orang, hujan batu ditempat sendiri

haih,mmbebel kat sini laks

jom g belajar sal bajingo

Anonymous said...

Saya ada sebab tersendiri mengapa saya memilih untuk menjadi anonymous…bukan kerana takut..bukan kerana malu..bukan kerana tak cool…bukan sebab nak best or tak best…
Terlebih dahulu…saya mengucapkan terima kasih kepada saudara dan saudari yang memberi komen yang begitu baik…seperti yang saya katakan…lain orang..lain pandagannya..
Kebahagiaan itu adalah lahir dari sikap seseorang..bagaimana individual itu mampu mengawal emosi dan mentality nya…untuk menjadi bahagia…
Kepada Hafizatul Akmar Hussin…
Peratusan yang saya maksudkan adalah di penjuru blog cik Aina…yang menunjukkan ramai memberi undian untuk still di Ireland…
Ilmu tetap ilmu…dan mengapakah kerajaan berusaha untuk mewujudkan pusat sukan di England?mengapakah kerajaan menghantar student belajar ke luar Negara?mengapakah pasukan badminton Malaysia mahu memberi pendedahan kepada pasukan pelapis di kejohanan-kejohanan lain untuk mendapatkan pengalaman…mengapakah politeknik ingin menghantar 20 pensyarah berkursus di luar Negara?mengapakah kerajaan ingin menghantar pelajar cemerlang dari Kota Bharu ke luar Negara..mengapakah kerajaan menghantar pemain-pemain bola sepak untuk menimba pengalaman ke luar Negara…mengapakah kerajaan menghantar 2 pelajar ke university Harvard?mengapakah itu semua?sedangkan ilmu tetap ilmu….
Dan ingatlah...ilmu bukan milik sesiapa..ilmu milik Tuhan...semua ilmu sangat berguna...
Peace….. 

Kepada alongdiyana….
Saya sangat menghargai sikap kamu…selalu berprasangka baik kepada orang lain…
Saya hanya memberi pandangan..teguran dan nasihat…yang selebihnya…cik Aina kena membuat tindakan..sama ada mengisi borang Intern beliau di Ireland or Malaysia.

Saudari…sebab ada kasih terhadap pemilik blog inilah saya sanggup meluangkan masa untuk memberi pandangan dan teguran saya…dan saya sentiasa doakan kebahagiaan beliau…tidak sekali-kali saya ingin memisahkan diantara beliau dengan keluarganya…adakah tinggal di Ireland bermaksud belia akan terpisah dengan keluarga beliau?seperti saya nyatakan..itu bergantung kepada beliau..bagaimana untuk beliau mengatasinya…
Fikir-fikirkanlah...tidak semestinya kamu akan mengetahui..memahami seseorang itu walaupun kamu tidur sebantal…makan,minum bersama,mengharungi perjalanan bersama….
Kepada crack-cracker…
Terima kasih atas pandangan anda…SELFISH???jika saya seorang yang selfish saya mahu beliau balik ke Malaysia dan berkawan bersama beliau…
Sekali lagi saya nyatakan…adakah confirm cik Aina akan bekerja di Kelantan dan tinggal bersama keluarganya???
Saudara/Saudari crack-cracker..seperti saya nyatakan….berada di sisi family kita yang nazak..adalah bergantung kepada rezeki…jika ada rezeki kamu…pasti kamu berada di sisi beliau…jika tiada di sisinya..kamu harus redha….kamu harus percaya kepada rezeki…

Itu bukanlah satu alasan…itu adalah fakta…teknologi mereka jauh lebih tinggi daripada kita…bagi saya…ilmu untuk melakukan bypass sudah tersebar luas di Negara kita sejak beberapa lama dahulu…dan inilah maksud saya yang sebenar…saya ingin melihat cik Aina..belajar ilmu yang boleh memberi perubahan besar kepada Negara kita…dan sebarkan kepada doktor yang tidak berpeluang untuk membuat intern di Ireland…Dan emua orang melakukan sesuatu demi keluarga mereka…mereka tidak fikirkan kemewahan…


Witty Angel….
Saya tahu kamu appreciate tapi demi masa depan kamu harus berkorban dari setiap sudut..bukan setakat makanan sahaja…dalam blog kamu..saya dapati kamu pandai memasak..dan kamu boleh memasak Malaysian food dan Japanese food…sekali lagi..itu bukan halangan bagi kamu….
Di bumi ini…berjuta-juta orang yang memakai kereta mewah…adakah kamu pasti mereka pakai untuk berlagak?adakah kamu pasti mereka pakai kereta mewah dan tidak mengeluarkan sedekah kepada sesiapa yang memerlukan?Dan saya ingin nyatakan…kereta mewah bukanlah point sebenar saya…untuk kamu terus tinggal di Ireland…
Adakah kamu pasti di Malaysia kamu takkan hidup di hospital ajee…mungkin masa tidur pun kamu kena pergi hospital…bangun pukul 1 pagi?3 pagi?4 pagi…my friend of mine yang belajar perubatan pun tidur hanya 4 jam sehari….


Saya harap kamu teruskan mengisi separuh lagi borang kamu itu…

Saya tidak takut kepada komen..saya tidak takut kena booo...saya tidak takut ...

Jadi kamu fikir...kamu seorang diri yang masuk boarding school form 1 until 5?then pergi ke luar negara...bertahun-tahun lamanya?Saudari tidak keseorangan...

Wahidah said...

pergh...aina biarla aper org nak kata...the decision is yours..biarla anoy nak ckp aper pun..masing2 ade pendapat sendiri.. x semestinya bile blk mesia tk bole maju...bole je..kdg2 keluarga tu lebih penting dr segalanyaa..

Anonymous said...

Wahidah...
bukan kadang2..tapi mmg dan selalunya keluarga itu penting...sangat penting...
betul kata wahidah...the decision is yours..biar cik Aina...membuat decision itu dengan tepat..

Anonymous said...

ingat cik Aina..
percentage di Ireland mendahului Malaysia...semua itu adalah sokongan..dan memberi idea kepada kamu..untuk membuat keputusan yang betul...

good luck sekali lagi.....saya adalah salah seorang yang mengundi kamu untuk Ireland..ramai lagi blogger kamu(yang mengundi Ireland)tidak berpeluang memberi pendapat di sini...

aziahzuber ialah name saye. said...

gile stalker si anonymous nih. setiap comment die nk reply. chill la beb!

kawanainatuuutt.hahaha said...

"adalah bergantung kepada rezeki…jika ada rezeki kamu…pasti kamu berada di sisi beliau…jika tiada di sisinya..kamu harus redha….kamu harus percaya kepada rezeki…"

bro, or sis,
i think ur understanding and perception might be slightly deviated. mmglah certain things bergantung kepada rezeki. qada and qadar. namun Allah tak menjadikan kita utk ddk dan tidak berbuat apa2 dan berharap rezeki akan menyebelahi kita dan sebagai contoh kita dapat (hopefully) meluangkan masa atau berada disisi yg tersayang disaat mereka memerlukan.
rolling stone gathers no moss.

kalau btol2 nak berharap kepada rezeki, rezeki ada dimana2. balik malaysia, kalau ada rezeki, dapatlah posting di Kelantan. but for that to happen you have to go back to Malaysia for that to happen.

Mengapakah kerajaan menghantar student belajar ke luar Negara?

jawapannya senang sahaja anon, untuk mendapatkan segulung ijazah kedoktoran dan seterusnya pulang menabur bakti di tanah air. not to do intership, not to get specialist schemes, not to stay here and collect money (the biggest SELFISH act that you can do).
if they wanted to send doctors here to do internship i believe they would have done that already.
kita dihantar kesini menggunakan titik peluh duit rakyat Malaysia. sepatutnya kita ini tak mempunyai hak untuk mempersoalkan tanggungjawab untuk pulang, apatah lagi setelah berkali2 dipanggil dan diingatkan oleh pihak yg telah menghantar kita sendiri.
now tell me how can you view that as not SELFISH anon?
setiap pesakit yang terpaksa menunggu sehari atau seminggu sebelum dapat berjumpa dgn doktor, the onus is on the doctors that DID NOT fullfill their responsibility and being SELFISH and stayed here for personal gain and reason.

"bukan kadang2..tapi mmg dan selalunya keluarga itu penting...sangat penting..."
and your advice is to stay away as far away from them? wow... seriously you have to look back at what you are saying.
i believe that Aina's family do not want any money from her, they want her as near to them as possible.

"Adakah kamu pasti di Malaysia kamu takkan hidup di hospital ajee…mungkin masa tidur pun kamu kena pergi hospital…bangun pukul 1 pagi?3 pagi?4 pagi…my friend of mine yang belajar perubatan pun tidur hanya 4 jam sehari…."
and what is wrong with that? are you saying that she should be selfish and stay here instead so she could sleep soundly 8 hours?

mungkin Anon tidak takut kena boo, tapi saya tetap mahu boo Anon. BOOOOOOO!

haha.
peace.

Witty Angel said...

fmgh : hehe..i xsure..hehe

aziah : nggak tahuu donggg

chee : hehe..agak r..hehe..:P..betyol2...seniority tu penting utk kat msia..kat sini xper..performance penting..msia biase la.hahaha

anonymous : kenape eh?anyway kalau bukan berlagak kerana ape ek?macam boleh je kan gune that money to buy sumthing else..ade je yg kasi derma sume kan tapi bukan kah Islam itu menuntut bersederhana?

wahidah : hehe..family is my everything..=)

anonymous : yep...thanks..saye mmg sangat indecisive...

aziah : hehee.:p

kawanainatuut: yep..they dont want my money..they just want me, myself and i tinggal dengan diorg, makan dgn diorg and jaga diorg..=)

han86 said...

*ternganga*
waaaa, kagum dgn kak aina kerana berjaya meng'attract seorg stalker yg begitu obsessed dan berdedikasi. tahniah2.

Anonymous said...

Kepada kawanainatuuutt anda sedikit beremosi di situ….dan saya berterima kasih kepada kamu kerana booo pada saya…

Saya tidak akan mengulangi perkataan-perkataan saya lagi…kerana itu bergantung kepada kamu..untuk mentafsirkannya….dan saya tidak bercakap kosong..semuanya dari pengalaman saya…
Saya boleh kongsi pengalaman saya dengan anda…di mana…saya mempunyai seorang sahabat…yang tinggal di Kuala Lumpur..dan datuknya tinggal di Perak…Kuala Lumpur dan Perak tidak lah jauh… beliau sangat sayang dan rapat akan datuknya…Sahabat saya memandu pulang apabila beliau mendapat panggilan..bahawa datuk kesayangan sedang nazak…Tapi…Datuk nya telah meninggal dunia beberapa jam selepas itu..beliau tiada di sisi..semasa datuknya menghembuskan nafas terakhir…Tetapi sekarang…saya sudah tidak dapat berjumpa sahabat saya itu lagi..sebab beliau pun meninggal dunia,terlibat dalam kemalangan semasa menuju ke Perak untuk menatap arwah datuknya buat kali terakhir…
Jadi…kawanainatutttt….kamu boleh la tafsir pendapat kamu daripada pengalaman saya di atas….arwah sahabat saya tidak berdiam diri semasa datuknya nazak..

"adalah bergantung kepada rezeki…jika ada rezeki kamu…pasti kamu berada di sisi beliau…jika tiada di sisinya..kamu harus redha….kamu harus percaya kepada rezeki…"

bro, or sis,
Everyone hope…kita berada disisi tersayang semasa mereka memerlukan kita..

Mengapakah kerajaan menghantar student belajar ke luar Negara?
Jawapanya tidak sesenang yang kamu sangka...Seperti saya nyatakan…ijazah kedoktoran..intership…semua itu kamu boleh dapatkan di Malaysia…sekali lagi saya tidak akan mengulangi..apa yang telah saya perjelaskan sebelum ini..saya harap kamu baca betul2 akan pendapat saya..dan memberi pendapat kamu sebaik-baiknya…

Collect the big money…bukan untuk selfish…dengan duit yang kamu collect itu..kamu boleh berbakti kepada rakyat…bagaimana?itu adalah bergantung kepada diri sendiri….adakah itu SELFISH???????????????

"bukan kadang2..tapi mmg dan selalunya keluarga itu penting...sangat penting..."
and your advice is to stay away as far away from them? wow... seriously you have to look back at what you are saying….
Yes!!!saya sudah tengok kembali ayat-ayat saya..dan tiada apa yang salah…kerana dari situ..kamu perlu berkorban jiwa dan raga…and I believe all family do not want any money from anak-anak mereka..mereka nak anak-anak mereka Berjaya..

"Adakah kamu pasti di Malaysia kamu takkan hidup di hospital ajee…mungkin masa tidur pun kamu kena pergi hospital…bangun pukul 1 pagi?3 pagi?4 pagi…my friend of mine yang belajar perubatan pun tidur hanya 4 jam sehari…."
and what is wrong with that? are you saying that she should be selfish and stay here instead so she could sleep soundly 8 hours?

Kamu selalu berprangsangka buruk terhadap saya….apa yang saya maksudkan adalah…dimana-mana tempat…tidak semestinya kamu mempunyai masa…
Di Ireland…makan..tidor..hospital…dan kemungkinan besar…di Malaysia pun sama…jadi apakah perbezaannya?
Kamu BOOOO pada saya hari ini…kemungkinan orang lain akan BOOOO kepada kamu esok hari…sekali lagi..terima kasih….

Cik Aina….
anonymous : kenape eh?anyway kalau bukan berlagak kerana ape ek?macam boleh je kan gune that money to buy sumthing else..ade je yg kasi derma sume kan tapi bukan kah Islam itu menuntut bersederhana?

Cik Aina..Islam menuntut kesederhanaan….jangan pandang melalui kereta sahaja…kenapa ramai orang memiliki rumah yang besar??Saudara-mara kamu juga mempunyai banglo yang besar..kereta yang mewah…tapi untuk apa??di manakah kesederhanaan kamu cakapkan tadi??saya pasti..untuk keselesaan keluarga mereka..dan saya pasti mereka selalu mengeluarkan zakat dan sedekah…
Kereta mewah...kereta mahal...sangat berbeza teknologinya...jangan hanya pandang pada design..kereta Volvo..mengutamakan ciri-ciri keselamatan..dari segi..kekebalan rangka kereta itu..kereta Honda mempunyai VSA untuk mengelakkan daripada terbabas..kereta Mercedes..BMW...mempunyai break disc yang sungguh bagus untuk mencengkam tayar semasa emergency...jangan lihat dari satu sudut sahaja...adakah itu berlagak?selfish?kita semua mahu memberi yang terbaik kepada keluarga kita..adakah itu selfish???lu pikir la sendiri....

Aziah...saya akan reply setiap komen yang ada...untuk menunjukkan sokongan padu kepada cik Aina..dan untuk mengelakkan kamu semua salah faham terhadap komen-komen saya....dan sekali lagi adakah itu SELFISH untuk diri saya jika saya meluangkan masa dan memberi pendapat kepada cik Aina???
kerana saya percaya...Ireland ada benefitnya...
dan saya bertambah percaya...
peratusan 53% yang mengatakan Ireland...menunjukkan saya tidak keseorangan....

Peaccee kepada kawanainaatuutt…

Tengku Atique said...

what annoyed me so much about this person is how s/he thinks s/he knows everything about you, and the amount of assumption involved is just downright ridiculous.

more often than not, people are so, so much deeper than they appear to be, and have more going on in their lives than what they're telling the world.

loves,
Atiq

f_mgh said...

Aina,

Yg terbaik mohon dariNya kerana hanya Allah Maha Mengetahui apa yang Aina perlu sebenarnya dan samada orang-orang tersayang dlm hidup Aina sanagat memerlukan Aina di sisi pada masa Aina buat internship.

Apapun tindakan Aina selepas istikharah tu adalah yang terbaik, berbeza dengan tindakan tanpa istikharah yang belum tentu adalah yg terbaik.

Nak tau cara istikharah?

Senang saja, 2 rakaat 1 salam selama 3 malam berturut2. Untuk lebih lanjut, ada pangarasnya ya..

Salaam.

Anonymous said...

Tengku Atique....
Saya hormat pandangan kamu itu...yang mengatakan pendapat saya ridiculous....terima kasih...tapi itu bukanlah cara terbaik untuk menyentuh tentang pendapat saya...
jika kamu mahu orang menghormati kamu terlebih dahulu...pastikan kamu menghormati seseorang itu terlebih dahulu....

Anonymous said...

Longer Stays Mean Greater Benefits

As you can probably imagine, the manner in which employees work varies from country to country. Your internship will give you a unique perspective, showing you how things are done in different cultures and allowing you to learn from this.

aimi said...

obsesi...

kawanainatuuutt.hahaha said...

sorry la Anon, but tak beremosi langsung. malahan mase bace ur comment i could not help but laugh at the ridiculousness of your statements. as usual u decided to ignore the statements that u didn't have the guts to rebutt.

"jangan lihat dari satu sudut sahaja...adakah itu berlagak?selfish?kita semua mahu memberi yang terbaik kepada keluarga kita..adakah itu selfish???lu pikir la sendiri..."
- lek la jgn emo2 k. her life has nothing to do with you. in fact i'm beginning to think that u r the one who's looking from one angle only. i bet aina has over and over again thought about her decision after looking from all angles. and she found her reason. if her parents wants her to come back then she shoud.

TAKKAN NAK NASIHAT MEMBER UTK LAWAN CAKAP MAK BAPAK YE TAK?
BLER MAK DAH NANGIS2 PANGGIL BALIK, AYAH NASIHAT SUPAYA BALIK, NOTHING, I MEAN NOTHING ELSE MATTERS, TAK KIRA APA ARGUMENT,
TAKDE ALASAN UNTUK MENDERHAKA PADA IBU BAPA.PERIOD.

so anon again, I boo you with the booest of boos while laughing my socks of off.
boooooooo...
hahaha...

sorry la aina, saje je nak panas2 sket ;p

chEe said...

ayah da panggil balik tuh g balik la
sebok nk duk sini laks
shuh shuh

kl parents aku cam parents ko kang senang, suh je balik
ni dorang cakap 'suke ati la nk kije kat mana pon'
dah nk kene wat decision laks

but afterall
parents know best

Anonymous said...

kawanainatuuutt......
kamu ini sungguh kelakar...
buat saya geli hati...
dah guna tulisan besar???
itu tanda MARAH???
janganlah emo2..ok...
nanti berkedut wajah kamu yang cantik sekali...:)
saya tidak nasihat untuk menderhaka..
Cik Aina..berbincang elok-elok dengan mak ayah...
jangan derhaka..tidak bagus..betul kata kawanainatuuuttt itu...
kawanainatuttt...takkan dah nak panas2?ini baru perbincangan yang sedikit sahaja...:)

mungkin saya membuatkan hati si kawanainatuttt..terluka..adakah???
maaf ya...
saya terima booo kamu dengan hati yang terbuka...tenang...sambil tersenyum :)

Dan kepada sesiapa anggap saya ingin menjadi famous dengan memberi komen di blog Cik Aina...
kamu berperansangka buruk dengan saya...
oleh itu..untuk mengelakkan perkara itu berulang lagi...
saya akan mengakhiri komen saya di sini..dan selamat maju jaya pada Cik Aina dan kalian semua...
minta maaf...kepada kalian semua...