Sunday, August 31, 2008
Suraya
Hhehe..teka ape dalam mangkuk tu?Itu adalah mushroom soup..die kene bet dengan kiteorg minum soup tu sampai habis for RM100...and die berjaya abiskannnnnn!!!!hahahhahaa...mantapness..sanggup tu demi Rm100..and ijah la rugi kan sebab die bet RM100..hahahahhaa
family dinner
.::The king and the queen of my heart...::.
.::Usop n mad(die botakkan kepala sebab bayar nazar.hehe)::.
.::ikan yang best!!akan ku jumpe dikau setahun lagi.hahaha::.
.::suraya n ijah n the crab::.
ada apa pada nama
Indahnya masyarakat Nusantara ini dek kerana kepelbagaian namanya. Ada yang mulanya dengan Nik, Wan, Long, Raden, Syarif, Sharifah, Syed dan macam-macam lagi. Rasanya yang paling banyak adalah nama yang bermula dengan Mohd.
Selawat ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w.
Namun, pernahkah kita terfikir dari manakah datangnya awalan-awalan(predikat) nama tersebut? Adakah ianya nama keluarga semata-mata? Atau ada rahsia disebaliknya?
Budaya masyarakat kita hari ini begitu kurang menekankan salasilah keturunan. Kita lupa akan asal usul kita. Kita buta sejarah!
Jangan diberitahu yang masyarakat barat tidak mengendahkan salasilah mereka. Tidak akan bergelar Presiden George W. Bush andai kata salasilahnya tidak diketahui!
Syed dan Sharifah
“Kalo ayah dia Syed, maka anak pompuan die jadi Sharifah…kalo mak die Sharifah, anak laki die x dapat Syed” terang kawanku.
Benarkah begitu?
Percaya atau tidak, penentuan nama nasab keturunan ini ada ditentukan mengikut hukum fekah. Serius!
Ayah (Syed) maka anak = Syed dan Sharifah
Ibu (Sharifah) maka anak = Terputus nasab, anak tidak dinamakan dengan Syed
Pendapat di atas diterima mengikut Mazhab Hanafi. Mazhab Hanafi mengatakan “terputuslah nasab keluarga Rasulullah s.a.w pada anak-anak bagi wanita ahlul-bait hasil dari perkahwinan dengan orang biasa”
Tetapi jika pendapat Mazhab Imam Ahmad bin Hanbal dan Mazhab Imam Syafie menjadi pegangan, bermakna tidak terputuslah nasabnya pada anak-anak tersebut. Maka tiada salah untuk ibu mereka menamakan anak-anak mereka dengan nama Syed dan Sharifah. Hakikat ini perlu diketahui terutamanya dikalangan masyarakat Nusantara yang berpegang kepada Mazhab Imam Syafie.
Baru-baru ini PPIMI telah menganjurkan Deen Intensive Dublin. DID kali ini menampilkan penceramah dari susur galur keturunan Rasulullah s.a.w, iaitu Habib Ali Zainal Abidin.
Aku tertanya-tanya, apakah Habib ini gelaran khusus untuk keturunan Rasulullah s.a.w? Jika benar, apa beza Habib dengan Syed?
Perkataan As-Sayyid(Syed) ini membawa maksud “ketua” atau “pemimpin”.
Dalam Sahih Bukhari, Rasulullah s.a.w pernah bersabda mengenai Al-Hassan:
“Sungguhlah bahawa puteraku ini (sambil merujuk kepada Hassan r.a) adalah Sayyid. Mudah-mudahan melaluinya Allah akan mendamaikan (pertikaian) antara dua golongan besar dari kaum Muslimin.”
Sayyid juga dari perspektif yang lain membawa maksud “Ketua Suku” atau orang bangsawan. Istilah “Syarif“, juga maksudnya sama dengan istilah Sayyid.
Menurut kajian Hj Muzaffar dan Tun Suzana, gelaran Syarif ini dipakai untuk Bani Hasyim di awal permulaan Islam sebagai nama sebutan atau predikat bagi mereka. Orang pertama dari Bani Hasyim yang memakai gelaran “Syarif” ialah Syarif Ar-Radhiy dan saudaranya Al-Murtadho.
Di Hijaz, sebutan “Syarif” tidak digunakan kecuali untuk para penguasa Mekah dari keturunan Al-Hassan. Hasil kajian ini juga mendapati, menurut adat dan kebiasaan umat Islam, predikat “Sayyid” diberikan kepada ahlul-bait dari keturunan Al-Hussein sementara “Syarif” dari keturunan Al-Hassan. Keturunan Sayyid dari Hadhramaut pula dikenali dengan gelaran Habib, yang bererti orang yang dikasihi.
Ahlul Bait di Asia Tenggara
Saidina Hussein telah mengahwini puteri Raja Parsi yang bernama Shah Zinan binti Yazdagrid. Perkahwinan ini melahirkan seorang putera bernama, Ali Zainal Abidin. Ali Zainal Abidin merupakan moyang bagi semua keturunan Al-Hussein di dunia ini.
Di Kepulauan Jawa, cucu-cicit dari salah satu Wali Songo yang bernama Syarif Hidayatullah (Sunan Gunung Jati), tidak lagi memakai predikat Sayyid. Tetapi diganti dengan Raden. Ada juga yang menghapuskan terus predikat ini apabila sistem pemerintahan beraja dihapuskan selepas kedatangan Belanda. Mungkin sebagai satu taktik untuk mengelakkan dikesan oleh Belanda yang terkenal dengan sikap rakus dan kejam!
Di Malaysia pula, lahirlah prediket Nik, Long, dan Wan. Prediket ini berasal dari cucu cicit ahlul bait Rasulullah s.a.w yang pernah menjadi seorang bangsawan Kelantan lama (sebahagian dari empayar Majapahit-boleh rujuk artikel Catatan I-Ching). Keturunan Rasulullah yang dimaksudkan adalah Ali Nurul Alam. Rujuk carta alir di bawah:
Lampiran:
Sayyid Hussin Jamadul-Kubra (Sayyid Ratna-wangsa) (tiba Di Kelantan C.1349)
1 Maulana Malik Ibrahim (Meninggal Dunia Di Jawa Timur Tahun 1419, Salah Seorang Dari Wali Songo)
2 Maulana Ibrahim (Ibrahim Asmara)
2.1 Maulana Ishak
2.1.1 Muhammad Ainul-Yakin (Sunan Giri; Salah Seorang Dari Wali Songo)
2.2 Maulana Rahmatullah (Sunan Ampel; Salah Seorang Dari Wali Songo)
3 Ali Nurul Alam (Pateh Aria Gajah Mada; Perdana Menteri Majapahit Di Kelantan C.1432-c.1467)
3.1 Alimuddin (Wan Demali) (Pateh Karmawijaya) (Laksamana Bentan) (Pateh Majapahit) Nenek Moyang Sebahagian Dari “Kaum Wan” Di Patani, Kelantan, Terengganu Dll.
3.2 Abu Abdullah (Wan Bo) (Sultan Abu Abdullah) (Bo Tri Tri) Raja Champa (c.1471-c.1478)
3.2.1 Ahmad Fatahillah (Pelatehan) (Syarif Hidayatullah; Salah Seorang Dari Wali Songo)
3.2.2 Abul-Muzaffar Waliyullah (Wan Abul-Muzaffar) Yang Mula-mula Memberikan Gelaran “Nik” Kepada Keturunannya
Nik Jamaluddin (Datu Kelantan Bagi Pihak Kerajaan Pusat Pattani)
Nik Mustafa (Ong Tpouo) (Agong Ronan) (Po Rome) (Sultan Abdul Hamid Syah) Raja Sri Sarwasadesa. Raja Champa
3.3 Hussin (Wan Hussin) (Sri Amar-wangsa) (Pateh Majapahit) (Tuk Masjid) Nenek Moyang Sebahagian Dari “Kaum Wan” Di Patani, Kelantan, Terengganu Dll
4 Syarif Muhammad Kebungsuan (Prabhu Anom/Udaya Ningrat/Bhra Wijaya) Nenek Moyang Raja-raja Demak, Pajang Dan Mataram Di Pulau Jawa
Harus diingat, keturunan ini bukanlah sesuatu untuk dibanggakan, malah pada pendapat aku, ia merupakan satu tanggungjawab kepada individu yang berkenaan untuk menjaga darah keturunan Rasulullah s.a.w dengan sebaik-baiknya. Akhlak Rasulullah wajar menjadi ikutan dan panduan.
Untuk membuktikan yang anda adalah dari susur galur ini, maka aku amat menggalakkan anda cuba menjejak salasilah keturunan masing-masing. Setakat gelaran Wan sahaja tidak cukup untuk membuktikan yang anda dari Pateh Aria Gajah Mada.
Aku?
Terima kasih di atas usaha pakcik aku yang bersusah payah mencari asal usul keturunan kami. Pun begitu, keturunan keluarga aku tidak dapat disambungkan dengan Pateh Aria Gajah Mada. Sanad kami terputus setakat Long Ahmad Dakin dan Wan Patan. Aku adalah generasi keenam dari keluarga ini:
Rujukan:
1. Ahlul-Bait (Keluarga) Rasulullah s.a.w dan Raja-Raja Melayu, Hj Muzaffar Dato’ Hj Mohamad, (Tun) Suzana (Tun) Hj Othman.
2. Keturunan Raja-Raja Kelantan dan Peristiwa-Peristiwa Bersejarah, Abdullah bin Mohamed (Nakula)
3. Salasilah Long Ahmad Dakin dan Wan Patan diusahakan oleh Wan Azman Wan Ahmad, didapati daripada Haji Alauddin b. Ishak.
Saturday, August 30, 2008
personal love questions
.
bz
anyways, life as a final yr stdent is a bit different..pergi hospital introduce kat ur team sume diorg macam respect sket..xdela ignore je..pastu tutorial mmg penuh n during the tutorial mmg kadang2 rs sangat bodoh sebab xtau jawapan..hehehe...so basically kene study harder sket la kan for this yr...
hmm and tadi tetibe je rs stress tengok friendster..mencik la friendster..hahahaha..LOL...owh thinking of uploading my birthday pictures kat sini but then sumenye dengan mek jojah kat msia..asked her to send me all the pictures thru the email tapi die cam malas jer..so terpaksa la melupakan hasrat itu..papepon thanks sangat2 kat fizal for the flowers...sangat chantek!!!thanks a million!!!!=)apart from those flowers yang saya sangat suke itu, saya juge suka sangat2 kat bday present from my parents..hehe.they gave me a necklace yg sangat cantek...=) and thaks kat my siblings esp ijah n mad for the ring...hehehe...cincin itu po cantek jugak...i lyke!!!owh tidak ketiggalan baju from mek yoya juge..-)
Wednesday, August 27, 2008
kemalasan
Tuesday, August 26, 2008
nyways, saye udah kesampaian di cork korok dengan selamatnya on 24th...
beg pon x ilang, alhamdulillah..=)
n sangat kepenatan memandangkan harus mengemas bilik sume n in fact on 24th tu siap pegi city centre carik meja study n memasangkan die lagi..kire mantap gak r..hhaha...
Saturday, August 23, 2008
hoho
mencikk..
mencikkkk...
mencikk tau..
sangat reluctant gile2 punye tahun ni nak balik..
sangat x ready nak jadi final year student..
sangat x ready nak duduk sensorang kat sane xde bf...
sangat xready nak tinggal umii, aboh, mekya, mek jojah n tok mamad...
aiyayayyaa....
tahun ni paling susah nak balik..
confirm banjir airport nanti..
muahhahahaha...
mencik tau..
dari semalam lagi dok nangis..hahhaa
sampai bengkak2 mata..
haishhh
Monday, August 18, 2008
lalala
PC Fair sudah habis sudah...kepenatan yang amat..patutnye pergi kl ptg semalam..driver sudah ditempah tapi sumenye jatuh demam..hehe..so ketidakjadian..tapi ari ni n semalam org ramai yg amat kat kedai macam pc fair..so mmg xleh tinggal jugak la kan?hehe..
anyways special thanks to mior sebab die tolong belikan saye buku2 kat kedai kamal and for the birthday present as well..hadiah mior masih belum dibukak sebab die xkasi buka lagi sampai birthday..heheh..thanks to mus jugak for the perfume, envy gucci, i lykeee..hehehe..and thanks to rosmaini for the sweet teddy bear..hehe..
Wednesday, August 13, 2008
PC Fair, Birthday and Balik Ireland..
oh tomorrow pc fair..im going to be super duper busy start esok sampai la abis pc fair..hehehe...=)owh n 23rd ni dh nak balik ireland..sedihhhhhhhhhhhh..waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Sunday, August 10, 2008
Sinderela
Temui sebuah impian tak salah untuk kita berkorban bila mana hati kita rapuh menghadapi realiti, tangis… tangis semahunya tapi jangan biarkan hati kita terus rebah. Sejauh mana kita kenal hati budi seseorang kita tetap tidak boleh buat penilaian. You have to let go and keep on moving.
Bermula dengan hati, anggan dan mimpi, sebesar mana pun kedudukan kita, segagah prinsip mampu goyah because of love.. because we are human beings… mudah lemas bila cintanya lemah. Kita harus kuatkan hati, percaya naluri….lafazkan cintaku mahukan dia
Saturday, August 9, 2008
haiyaya
1. Kenapa waktu bercinta gila2 dulu semua orang pon cakap mende2 yg memberi harapan..janji itu, janji ini but then kejap je n mende kecik je dah putus sudah..segala2 janji-janji, kata2 manis terkubur begitu sahaja..begitu mudahnya dunia eh?macam janji tu xde makna..memang la segalanya sudah tersurat dan keadaan menentukannya tapi xleh ke AT LEAST try tunaikan janji?huhu..
2. Kenapa dalam dunia ni manusia boleh bergaduh, bertikam lidah dan menghapuskan tali silaturrahim hanya kerana harta?and kenapa lak ade ramai manusia yang suke sangat la jadi batu api??n yang bongoknya manusia2 yang bodoh tu dengar je cakap si batu api..bodoh sungguh manusia itu..and kalau lelaki saya panggil die DAYUS!
.::--owh saya ade sambungan pasal cerita yg saye penah cite dulu2 tu yang sal lelaki kawen dua tu..anyway pompuan tu baru je kan lahirkan anak n anak die berpenyakit lak tu n now nak kawen lain..n wife die ni lak jenis sayang husband gile2 sume harta pon kasi kat husband die...skang nak bercerai susah la..die cakap kalau die boleh undur masa die nak kembali waktu die susah dahulu sebab waktu tu die paling bahagia..pastu seorang tua menyampuk,
"LELAKI NI KALAU ASAL DARI KELUARGA KURANG SENANG N SEDERHANA, JANGAN KASI DIE PEGANG DUIT..SEBABNYA ONCE DIE RASE DIE BANYAK DUIT, DIE AKAN JADI MEGAH..DIA AKAN RASA DUNIA MILIK DIE AND DIE AKAN BUAT BENDA YANG DIE RASA DIE MAMPU BUAT SEDANGKAN KALAU IKUTKAN DIA BUKANNYA MAMPU SANGAT...DIE RASA DIA HEBAT AND DISEBABKAN DIA RASA DIRINYA SANGAT HEBAT MAKA DIA PON MEMILIH UNTUK MENJADI SEORANG MUDA"..
lelaki itu yang sudah berusia hampir 50-an menjadi seakan2 orang muda skarang..memakai jeans n tshir lengan panjang yang disingsing2 lengannya..when i saw his face last week, rasa nak pegi tolong terkam2 jer n calar2kan je muke die..menceikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
lalalal
anyways, special thanks to "KERDIPAN BINTANG"!!kepada encik "Kerdipan Bintang" thanks for the chocolates...nanti datang la lagi kedai saye ye?hehe..datang tau b4 23rd august..=)
Wednesday, August 6, 2008
owh n semalam i pegi lunch kat perdana resort..sangat x best oK!!!and i pegi dinner lak kat cerana villa..not bad la food die..harga die maybe a bit expensive for those yg dok kelantan but kalau kat luar standard r kot?ikan bakar siakap with nasi goreng kerabu with nasi goreng paprik together with ice blended cappucino n fresh orange for rm34..ok la kan?hehehe...lalalalala...
owh so far 3 org staff saye pengsan dalam masa 2 hari lepas..manager saye cakap maybe hantu yang kat pahang tu datang pindah kat kedai kiteorg..hehehe...medically, tiga2 org tu xmakan pagi pastu pengsannnnnnnnnn....tah pape je..yg sorang tu sebab putus cinta..yang sorang tu mmg ade congenital heart disease..yang sorang lagi tu lak sebab laki x balas cinta die..(owh lelaki same ye..)..skang ni 3 org staff perempuan saye tengah berebut sorang staff lelaki saya..aiayayayya