Tuesday, May 20, 2008

quotes from blog Tun Dr Mahathir

"Oleh kerana Dato Seri Abdullah buta mata dan pekak telinga dan tidak faham mesej ahli BN, oleh kerana ahli UMNO pun turut bersama, oleh kerana proses demokrasi tidak berjalan, oleh kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuhkan 62 tahun dahulu, saya berpendapat penyertaan saya sebagai ahli UMNO tidak bermakna dan tidak berguna lagi." - Tun Dr Mahathir

"UMNO telah kehilangan seorang pejuang. Malaysia telah kehilangan seorang negarawan. Bangsa telah kehilangan seorang kawan. Pembangkang kehilangan seorang lawan. Mahathir adalah lebih MELAYU dari seluruh Pemimpin Tertinggi UMNO. May Allah help us all." - cybr

"Assalamualaikum Tun,
Pertama sekali saya menyanjung Tun kerana Tun adalah orang yang berprinsip. Saya tidak tahu adakah ini betul atau tidak, hanya Allah yang Maha mengetahui. Sayab adalah generasi dibawah 40thn.Kami dibesarkan dengan cara dan ideologi Tun tetapi hari ini saya dan generasi ini telah hilang haluan dan halatuju.
Kami tidak memahami kenapa perbezaan pendapat boleh mencapai hingga ke tahap ini dan kami didalam kelemasan yang tiada kesudahan. Sebelum nasi menjadi bubur sesuatu perlu dimulakan dan dilakukan. Wassalam. "- adizafri

3 comments:

ita.itu said...

hi babe..salam kenal...

13may said...

terkejut tapi kagum dengan pendirian Tun :)

Anonymous said...

hii tulah Tun. dari dulu hingga sekarang tiada sapapun boleh duga dia punya fikiran... keputusannya pula sukar diubah. hakikat politik "musuh boleh jadi kawan, kawan boleh jadi musuh" harap-harap kawan-kawan jangan la jadi musuh.. kawan jadi sahabat okey!!!