Friday, April 4, 2008

Realiti...realiti memang pahit..Kadang2 susah untuk kita menerimanya...Kadang2 seperti mahu hidup dan tinggal dalam dunia fantasi seperti yang selalu diceritakan oleh ibu sewaktu kecil2 dahulu...
Poligami...
Pagi tadi terkeluar topik poligami sewaktu bercerita dengan Azra, Butter n Fida...Dan secara spontan satu soalan cepu emas terkeluar dari mulut ini,
"Azraa ko sanggup poligami?ko terima poligami?"
Then Azraa jawab,
"Yelaaa..mestilaaa..tu dalam Islam..xkan la xnak terima."
then myself jawab lagi,
"Hmm aku terima la tapi aku xsanggup so aku maybe kalau aku tau suami aku berpoligami confirm aku mintak cerai.Aku rase org cina, jepon, korea sume best sebab diorg macam setia gile"
then Butter/Fida menyampuk,
"Alaa diorg tu belakang2 curang la",
pastu spontan gak aku jawab,
"Ha aku lagi ok kalau diorg bwat belakang2 dari tibe poligami.Isk org melayu ni banyak gile kawen due tiga. Xsetia langsung.Gatai"
pastu Butter lagi,
"wei tu dosa"
pastu Azraa cakap,
"wei kalau mintak cerai ngan suami nanti x bau syurga"...
pastu terus i teringat satu ketika dahulu when saya berbicara tentang ape tah dengan seorang sahabat ada la terkeluar...rasenya pasal potong kuku yang orang cakap dosa dia macam berzina. pastu rakan saya itu terus cakap,
"kalau dosa sebanyak tu, ape gunenye solat, puasa sume"..
lepas je azraa ckap sal xbau syurga tu terus teringat jawapan rakan itu..macam terdetik kejap mende same..kalau tak bau syurga ape gunenye solat, puasa, bace al-Quran sume?lantas menyuarakan perkara tersebut kepada azraa tapi azraa still insist..then saya cakap la kt azraa,
"azraa serius ko kene berhati2 when ko keluarkan statement camtu...kalau org yang xfaham sangat nanti die ingat baek xyah bwat kebaikkan sume. Pahala sume xyah sebab kalau cerai nanti xleh masuk syurga"
and azraa still xfaham..hmm..bukan salah azraa..azraa cakap mende betol..cume as a peringatanla kan xsemua org faham mende tu so kite, kalau nak cakap something tu memang kene selembut mungkin kot....dalam pelajaran agama Islam form 4, form 5 dulu kan ade belaja kite kene la berdakwah secara diplomatik..Kata-kata yang kita nak cakap tu kene accurate...kite xleh cakap separuh2 camtu..kene explain terus..peringatan kepada diri sendiri yang selalu saya pegang since kene ngan a friend of mine..and honestly masa rakan saya cakap ape gunenye solat sume tu saya terus terkesima..saya tidak dapat menjawabnya?saya just cakap kita kena berusaha..tu je...
owh satu lagi..cite fitna...yang kecoh skarang..kite janganlah pulak secara tidak langsung pegi menyokong cite tu dengan join same tengok...kite boikot la filem tu n sume mende yang patut kite boikot..nang cakap cite tu kalau orang xde asas Islam yang kuat boleh percaya dengan apa yang diperkatakan...Wallahualam...

8 comments:

Miss Reen said...

dalam agama saya..tiada istilah cerai dan poligami..
so sblom kawen..kena pikir 100kali..
kalo nak cerai juge..kena masok civil court ajer lar..
tuh lom tentu lg dapat cerai..muekeke..
gereja kami tidak mengalakkan penceraian.. dan tidak bole bercerai sebenarnya...
sbb tuh usually ada orang kuar pintu blakang...isteri yg sah tetap isteri yg dikawen dahulu itu..
dier nak makan luar..dier nye pasal..dier yg tanggung dosa...

jannahani said...

Poligami ialah perkara yg termaktub dalam al-Quran.ada nasnya dan bukan kata-kata dari manusia semata.

"Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman"..refer an-Nisa:3.

Berlaku adil bukan dlm nafkah batin dan kewangan saja,tapi kasih syg juga.Ini antara yg paling ssh utk berlaku adil (refer 4:129).Mmg betul isteri yg meminta cerai tidak mencium bau syurga kerana satu yg mesti kita ingat- talak perkara halal yg paling dibenci Allah.Lain konsepnya dgn org yg tak mahu beribadat(seperti cerita kwn aina),ibadat tu wajib,suruhan tuhan (refer surah al-ankabut).Mmg inilah penjelasannya utk individu seperti ur friend tu.

Isteri ni masuk syurga kalau suami dia redha akan dia dan taat pada suami dia.Ingat k.Minta talak/cerai dari suami fahaman yg lebih bahaya; tahu kan apa perjuangan Sister In Islam?

Apa2 pon mmg kena fahami Islam secara keseluruhan,bukan ambil separuh-separuh.Kalau individu yg krg faham akan konsep ibadah,perkara terbaik utk jelaskan kena bgtahu 'kena buat sbb Allah suruh'.Sama sahaja seperti poligami,kena terima kerana ada dalam Islam dan besar kemurkaan Allah kalau menolaknya.Apa2 yg tertulis dalam Quran wajib kita terima sebagai muslim.Kita tak boleh fikir beyond fikiran kita,kena faham konsep dan kesannya.insyaAllah tak susah lepas tu :)

Anonymous said...

mase pegi kursus kawen tu..ustadz tu ckp..benda yg subjektif takleh nilai adil ke tak..n mmg hak suami nk syg lebih/bg perhatian lebih kat mane2 isteri yg die nak. yang penting, pengisian tiap kali die jumpe isteri2 die.
apa2 pun..kalau laki tu tak tau berlaku adil, asal nk kawen 2-3? mungkin isteri dh sedia ada tu ada kekurangan ke? cepat marah ke, cepat merajuk ke, masak kurang sesuai dgn selera suami ke...ape2 yg dia anggap as kekurangan?
haha..waAllahualam..tapi mmg tu hak lelaki, dah termaktub dlm Quran..tapi laki pun agak2 la nk kawen byk, jgn la kawen ngan semua anak dara. sgt lah hampeh.
oh, and yes..isteri takleh mintak cerai..tu dah dosa lain pulak dah..huhu

Anonymous said...

oh..pasal "dosa mcm berzina"-"kalau mcm tu, baik tak yah solat n puasa sume".
it's totally a wrong idea. nampak sgt org yg ckp "tak yah solat puasa" tu tak paham apa tanggungjwb as muslim. as in..basic responsibilities.

ada kisah org mengaku dia berzina dan dibalas "orang yang meninggalkan solat adalah lebih buruk dari org yg berzina". so, buat lah pertimbangan sendiri. sembahyang tu basic. rukun islam. walaupun tak masuk dlm dosa besar.

wa-Allahu-alam

Anonymous said...

setuju.mind ur words aina.u need to get to basic when answering that question and tak boleh samakan dengan situasi poligami di sini.perkara yg wajib adalah satu perintah,bukan sekadar satu usaha seperti solat.suka tak suka,kita kena buat kerana ditinggalkan hukumnya berdosa.

Witty Angel said...

Heartless Devilish : aha tu la..mmg b4 kawen kene fikir betol2..kene make sure is he the one..sebab kawen mende yg forever...

Jannahani : betol2..xleh nak fikir beyond ape yg kite boleh..sebab kalau kite fikir beyond yg kite boleh kite boleh sesat...saye kenal someone yg belaja tasawur pastu mmg mendalami tasawur end up sesat skang...

anonymous : xtau brape org anonymous ni tapi btol la...kite kene faham basic je sebab Islam agama yang mudah..Allah jadikan Islam agama yang mudah dianuti cume org yang xfaham je jadikan die susah n gambarkan Islam as teruk..Islam agama yang meringankan..cth solat..kalau kite musafir kite boleh jamak n qasar sume..kalau sakit pon..Islam ni indah sebenarnye cume kadang2 kite terpedaya dengan tipu helah syaitan dan gambaran buruk2 thru syaitan...my late grandma selalu pesan, papepon selagi jadi org Islam, solat jangan tinggal..tu antara mende yang bwat saye sangat pegang kat solat..sebab saye tau solat tu paling penting dalam islam..solat adalah tiang agama...macam nak bwat rumah..kalau xde tiang runtuh la..

jannahani said...

In short,dakwah secara diplomatik dan berhikmah tu kena bertempat.Berhikmah kat sini bukan bermaksud harus berlembut sahaja setiap masa.Kalau kena berkeras pada tempatnya,itu juga berhikmah.Tegas,berlembut; masing2 ada tempatnya.

Basically,nak betulkan di sini,sama seperti komen2 di atas..apa yg aina tulis ni kena lebih berhati2.jangan samakan konsep ibadah yg jadi kewajipan dgn konsep poligami yg totally is a different story.Rasulullah sendiri berpoligami,sehingga org yg jahil agama tuduh qudwah kita ni seorg yg 'gila nafsu' dan sebagainya.Namun kena ingat,mmg ada seerah contoh ke ummul mukminin atau isteri2 Nabi ni minta jatuhkan talak?sbb itu wanita muslim diberi sort of 'amaran' tak mencium bau syurga betul seperti kata azraa kerana perbuatan tu satu kemurkaan Allah.

Kalau suami tidak berlaku adil,abuse dan sebagainya- isteri boleh menuntut fasakh.Ni bukan minta suami jatuhkan talak n is a different story too.Think wisely dan back to basic, dan may be boleh bincangkan dalam usrah atau refer pendapat para ulama' insyaAllah kita tak tersasar.

Witty Angel said...

InsyaAllah..thanks!!