owh..sungguh ramai sekali rakan-rakan saya anti-umno...ngeeee...sehinggakan takut saya hendak bercakap mengenai politik di sini..baru sahaja saya hendak membuka mulut saya berbicara mengenai pilihanraya berdas-das peluru laser memasuki external auditory canal saya dan keluar melalui external auditory canal telinga saya yang lagi satu..hehehe..langsung tidak pergi ke otak saya kerana otak saya tidak dapat menerima apa-apa pon sekarang ini selain dari FINAL YEAR PROJECT. hehehe....dan tadi ada seorang rakan saya recommendkan saya baca satu blog ni yang membuat hati saya makin meluat2 tidak menyukai seseorang itu..ngeee....saya suka BN yang dahulu kerana orang itu tidak pernah wujud sebelum ini tetapi selepas orang itu wujud saya kurang menggemarinya..ngeee...kenapakah?saya pon tidak tahu..mungkin ada sesuatu yang telah berlaku yang menyebabkan saya tidak suka akan orang itu. Walau bagaimanapun saya tetap menyokong UMNO kerana saya tahu UMNO berjuang untuk orang melayu. Walaupon berdas-das dan berton-ton peluru saya terima dari rakan2 saya yang memarahi saya disebabkan saya menyokong UMNO tetapi saya tetap tidak menerimanya sebab saya percaya setiap parti pasti ada "nilanya"(diambil dari pepatah melayu yang mengatakan hanya kerana nila setitik, abis susu sebelanga")...hehehe...Saya percaya rasuah memang ada dalam semua parti..Orang cakap di kelantan tiada kronisme itu semua hanya tipu dusta semata-mata... Saya masih ingat dengan jelas bagaimana sedihnya ibu saya sewaktu saya berada dalam tingkatan satu apabila kawan-kawan ibu saya semuanya berlagak anak diorg masuk mrsm/sbp sedangkan anak ummi yang seorang ini hanya meneruskan sekolah di SMK Zainab (1)....Ibu sangat sedih kerana anak-anak kawan beliau itu hanya mendapat 3A dan tidaklah seaktif mana. Ibu siap pergi berjumpa dengan sape tah x ingat di Pejabat Pendidikan Negeri tetapi tiada alasan yang logik dapat diterima selain dari, "owh sebab bapa diorg keje kat sekolah tu so lagi senang la diorg dapat"..huhu...kronism...sama juga dengan peristiwa baru-baru ini apabila salah seorang staff ayah saya hendak meminta kerja untuk menjadi polis tetapi ditolak dengan alasan kakinya senget(hello saya xnampak pon any sengetness of die punye kaki n siap observe gait die takde masalahpon n plus badan dia mmg perfect utk jadi polis) . Apabila ditanya oleh seseorang rupa-rupanya mereka memilih mereka yang mempunyai kroni-kroni didalam itu..ngee..(abis la pasni kene blacklist)....papepon ape yang saya ingin katakan di sini, kronism, rasuah, berada dalam semua parti tidak mengira parti kerajaan or parti pembangkang. So tipu dusta la cakap xde kronism or rasuah..Walaubagaimanapun saya tiada masalah jika PAS menang di Kelantan sebab saya percaya dengan pentadbiran Tuan Guru Nik Aziz..Tapi saya ada masalah jika ADIL menang di Kelantan sebab saya honestly tidak nampak apa matlamat parti itu. Ok i think i should stop talking about politics..mati pengsan kalau ade sape2 baca.hahaha...papepon blog yang saya cakap menarik tu....adalah blog yang bertajuk "Perjuangan adalah pelaksanaan kita" .author blog ini adalah merupakan seorang calon untuk pilihanraya kali ini menentang KJ dan beliau merupakan sesesorang lulusan dari Korea. Sekian, terima kasih.
3 comments:
i pon x suke bangkit kan pasal politik kat sini..huhuh..
people tend to change kalo bab2 politik neh..takooott..
hehehe..
ak xsuka politik malaysia!!
samy vellu tu xreti nak trun ker??
ak rase dari ak lahir asik dia je!!!
ko kat sana boleh ngundi ker??
hahahhaa..tulah..bahaya sket cakap sal politik ni...kang x memasal je ilang kawan..ngeeee.....sammy vellu tu bukan setakat ko xsuke..menteri2 sediri pon xsuke...ngeeeeee
Post a Comment