Monday, February 11, 2008

sampai-kru

Sayang..
Apa yang ku katakan
Apa yang ku rasakan
Belum pernah dialami

Demimu segala ku kurniakan
Susah ku senangkan
Apa sahaja dipenuhi

Di hati

Dan masih lagi engkau bertanya
Sejauh manakah cinta
Penjelasan ku sebenar-benarnya;

Sampai
tubuh tak bernyawa
Sampai
ku ke pangkuannya
Biar jasad tak dilihat zahir
Cintaku tetapkan hadir

Andai dikurnia syurga
kan ku tunggu di luarnya
jika ditanya mengapa?
Jawapan ku menunggu..
Kau SAMPAI dahulu..

Mudahnya sekadar bermadah
Hingga kau meragui
Keikhlasan sanubari
Sedangkan racun pun kan ku telan
Andai kau menyatakan ia madu kepadaku

Oh sungguh..
Dan masih lagi kau bertanya
Sedalam manakah cinta?

Lafaz ikrarku buat selamanya…

Katakan sayang..
bagaimanakah harus ku hidup..
tanpa dirimu?
Sedangkan separuhnya di jiwaku,
bersamamu…

Sampai tubuh tak bernyawa
SAMPAI ku kepangkuannya
Biar jasad tak dilihat zahir..
Cintaku tetapkan hadir…

Andai dikurnia syurga..
Kan ku tunggu di luarnya
Jika ditanya mengapa
Jawapan ku menunggu kau sampai dahulu..
Ohh…
Kau sampai padaku..

No comments: