yang my experiences lak ade 4...
1.satu tu masa i was a child-standard 4 or 5 kot..1st day raya ni..kiteorg g beraya kat umah former yang dipertua MPKB(he used to be my step grandfather..ngeh2)...anyways, masa kecik mane la suke pakai gelang2 besar ni n masalahnye my mum mmg suke pakaikan kiteorg gelang2 emas sume la..biasa r org kelantan kan..so i put my gelang kat dalam kete..with my camera as well..pastu ade la my sister punyer gelang juge...pastu my dad kunci la kete sebab takut ilang kan but ade org curik gak..camne tah die bukak kete kiteorg without bunyi alarm..terus g report polis n mase tu confirm la ade campo tangan yb gak cuz my datuk tiri kan tapi sampai skang xde berita pon sal ilang tu..more tha 3000 gak r..huhu
2. ade org beli laptop using kad kredit curik n sebab masa tu org bank tu approve trasaction tu(machine) ok je la...but the next day cakap xleh claim sebab kredit kad tu kredit card curik..report polis polis cam cakap xleh bwat pape..so kiteorg pon redha je...tapi alhamdulillah Allah nak kasi rezeki kan ari tu mamat tu called us nak upgrade ram..masa die datang tu kiteorg dh plan..my dad siap called die punye kawan2 yg samseng sebab called polis, polis xdatang2..lambat la..(they came but after kiteorg dh tangkap sndiri)...when mamat tu datang dalam kedai kiteorg bwat cakap ngan mamat tu n lepas tu tangkap die..then bawak g security room polis datang pastu polis cakap xleh tangkap sebab die anak somebody..(mmg mamat tu mantap la..speaking power beb just that maybe depression ke ape)..tp tahan la die kejap utk tahan kawn die yg pecah masuk umah n curi the card credit tu...
3. my sis punyer purse ilang...n ngan atm2 card ilang..pastu masalahnye xtau camne tapi confirm org dalam kedai tu involved la..(kiteorg dah tau sape tapi die dh berhenti keje pon..keji gile)...my sis ilang duit rm1500 cuz ade org keluarka duit from atm...pelik gile camne org tu leh tau pin number kan..tapi walluhalam la...naseb baek credit card die xgune..pastu called police tapi police amik report camtu je..then my mum kebetulan ade kwn kat maybank checkkan n detect mamat tu keluarkan duit my sis from satu branch ni..kiteorg pon bwat surat tgk cctv n nampak la ade mat rempit mane la tah curik n keluarkan duit frm my sis..mmg gaya rempit abis la..budak lagi..cakap kat polis, polis cakap nanti die uruskan but now dah 1 yr kot?xde pape pon?
4.laptop ilang lagi frm my shop..org bangla curik..i told the story in my previous entry december punyer kot..pastu report polis tapi sampai sekang cam xder brita..padahal dah ade kat dalam ccctv rupe mamat tu n boleh je tampal poster sume kan..tapi xjadi pape pon?so tah la.nggak tau...
Duka keluarga mangsa rogol, bunuh dihimpit kesedihan
Oleh Nor Affizar Ibrahim
Sukar lupa peristiwa menyayat hati selain terus berharap penjenayah segera dihadapkan ke muka pengadilan
SETIAP kali kes pembunuhan berlaku di negara ini khususnya yang membabitkan kanak-kanak dan wanita, masyarakat pasti akan melontarkan perasaan marah, geram dan sakit hati serta mengharapkan pelakunya segera ditangkap dan dihukum setimpal dengan perbuatan kejinya itu.
Lebih-lebih lagi, jika kes berkenaan berlaku dengan penuh sadis atau kekejaman yang melampau dan di luar batas kemanusiaan. Malah, ada yang begitu emosi sehingga mencadangkan pelbagai perkara agar pelaku melakukan perbuatan terkutuk itu bukan saja dihukum setimpal dengan dosa dilakukannya, tetapi menerima nasib lebih azab lagi sebagai balasan terhadap perbuatan kejam dilakukan.
Hakikatnya, pelbagai perasaan terbuku di hati, manakala rasa tidak puas hati dan amarah akan terus bertakhta selagi pelaku tidak dapat ditangkap dan menerima hukumannya. Malah, lebih menggerunkan apabila memikirkan pembunuh kanak-kanak atau wanita itu masih bebas. Apa yang lebih membimbangkan ialah sentiasa ada kemungkinan si pembunuh kejam itu akan mengulangi perbuatan itu dan sesiapa saja boleh menjadi mangsa seterusnya.
Kes pembunuhan berprofil tinggi dan gagal diselesaikan oleh pihak berkuasa tidak dapat dinafikan meninggalkan trauma dan kesan yang begitu mendalam di kalangan masyarakat. Jika orang luar yang langsung tiada pertalian darah dan kena mengena dengan kes itu mempunyai perasaan sedemikian, apatah lagi keluarga mangsa yang terpaksa melalui detik sukar dalam kehidupan mereka.
Bagi keluarga mangsa, kering air mata dan hilang sudah kata-kata. Tidak dapat lagi hendak membayangkan remuk di hati apabila kehilangan insan disayangi dan lebih mengharukan pemergian itu dalam keadaan penuh dengan penderitaan dan tragis.
Menganggap segala yang terjadi sebagai takdir mungkin dapat meredakan perasaan keluarga berkenaan tetapi ia masih tidak dapat memadamkan luka dan duka di hati. Lebih-lebih lagi, pelakunya terus bebas dan 'bermaharaja lela' di muka bumi.
Merujuk kes pembunuhan adik Nurin Jazilin Jazimin yang berlaku lebih empat bulan lalu, pastinya masyarakat masih ternanti-nanti jawapan dan kesudahan kes berkenaan. Tindakan si pembunuh meletakkan mayat Nurin di tempat umum ketika satu negara mencari mangsa, seolah-olah mencabar polis agar memburu dan menangkapnya.
Umum juga tahu, polis memiliki rakaman imej seorang lelaki membawa beg sukan yang kemudian didapati mengandungi mayat kanak-kanak berusia lapan tahun itu, namun hingga kini, polis gagal menjejaki si pembunuh.
Bagaimanapun, bapa Nurin, Jazimin Abdul Jalil, berkata dirinya meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menyiasat dan menyelesaikan kes anaknya. Walaupun tidak menafikan masih lagi dihimpit perasaan sedih akan kehilangan anak keduanya itu beliau dan keluarga terus menanti perkembangan terkini kes kematiannya.
"Siapa lagi saya hendak harapkan untuk menyelesaikan kes berkenaan jika tidak kepada polis. Biar bertahun menunggu jawapan, saya akan akan tetap tunggu sampai tertangkapnya pembunuh Nurin. Saya juga tahu polis berusaha keras menyelesaikan kes anak saya. Sebagai antara pasukan polis yang terbaik dan cekap di dunia dalam menangani jenayah, saya berharap pembunuh itu dapat dicari. Sebagai bapa, sudah tentu saya kecewa jika kes anak saya yang menjadi mangsa pembunuhan kejam itu tidak dapat diselesaikan," katanya ketika dihubungi Berita Harian, baru-baru ini.
Nurin dilaporkan hilang oleh ibu bapanya pada 20 Ogos lalu apabila kanak-kanak itu gagal pulang dari pasar malam berdekatan rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju. Begitu pun, 27 hari kemudian mayat Nurin ditemui disumbatkan dalam sebuah beg sukan yang diletakkan di tepi tangga di tingkat bawah premis kedai di Petaling Jaya.
Laporan bedah siasat mendedahkan apa yang tidak sepatutnya berlaku kepada mana-mana kanak-kanak: Nurin didera secara seksual. Penderaan teruk itu mengakibatkan beberapa bahagian tubuh Nurin terkoyak dan dijangkiti kuman, lantaran meragut nyawanya.
Jazimin berkata, walaupun keluarganya dapat menangani kesedihan terhadap kematian Nurin, jauh di sudut hatinya sering berdetik mengapa anaknya itu diperlakukan sekejam itu dan tidak mungkin akan memaafkan pembunuhnya.
Beliau sekeluarga yang baru sebulan berpindah di Kampung Baru, Air Panas di Setapak, berkata bersyukur isteri, Norazian Bistaman dan dua anak mereka semakin tabah serta kuat semangat dalam berdepan dengan peristiwa hitam itu. Bagaimanapun, anak pertamanya, Nurin Jazshira kini agak pendiam sedikit berbanding ketika hayat Nurin Jazlin masih ada.
"Walaupun berpindah rumah, anak pertama saya masih bersekolah di tempat sama. Kami tidak bercadang untuk memindahkannya kerana buat masa ini semuanya berjalan seperti biasa. Saya tidak membawa teksi lagi, tetapi bekerja sendiri dan mungkin akan bekerja tetap tidak lama lagi. Mengenai pembunuh itu, bagi saya jika di dunia dia terlepas, di akhirat nanti tentu akan mendapat balasan setimpal," katanya.
Tekanan perasaan dan trauma turut dirasakan sehingga kini Abdul Gani Juni, iaitu bapa kepada Nurul Huda Abdul Gani, murid tahun empat Sekolah Rendah Kebangsaan Tiram Duku, Gelang Patah yang dirogol dan dibunuh dengan kejam di pondok pengawal Stesen Janakuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor Bahru pada 17 Januari 2004.
Walaupun, pengawal keselamatan, Mohd Abbas Darus Baksan mengaku bersalah, merogol dan meliwat Nurul Huda di mahkamah serta sudah dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 24 kali sebatan, ia tidak mudah bagi Abdul Gani melupakan kejadian itu. Apatah lagi, siasatan awal sebelum itu melaporkan Nurul Huda yang lehernya dicekik sehingga tidak dapat bernafas, dirogol dan diliwat oleh tiga lelaki. Tetapi setakat hari ini cuma seorang pelaku saja yang ditangkap dan dijatuhkan hukuman.
"Bagi saya jatuh hukuman macam mana sekali pun sama saja - dikerat 80 atau digantung sampai kering ia tidak akan mengembalikan anak saya. Bukannya kejam atau tidak puas hati dengan undang-undang yang ada, tetapi kejadian itu membuatkan hati saya remuk sampai sekarang. Ia umpama tidak boleh petik lagi bunga yang sudah gugur. Malah, sehingga kini atas nasihat doktor saya masih mengambil ubat penenang apabila setiap kali berada dalam tertekan merindui Nurul Huda," katanya dalam nada tersekat-sekat menahan sebak.
Abdul Gani berkata, walaupun sudah dikurniakan cucu dan ada yang berkata, kehadiran cucu sebagai pengganti baginya, ia tidak akan sama sampai bila-bila dan tiada galang ganti bagi ketiadaan Nurul Huda di dunia. Rumah mereka juga masih lagi dipenuhi dan memaparkan gambar anak kesayangannya itu sejak dari arwah masih kecil hinggalah pada usia pemergiannya.
Kata Abdul Gani, ketika kerinduannya begitu memuncak akan ditatap gambar anaknya itu dan ada kala dicium serta bercakap-cakap dengan gambar berkenan bagi melepaskan segala perasaan sebak di dada.
"Rindu.. memang terasa rindu sangat. Kadang-kadang, apabila tengok anak orang lain hati saya tiba-tiba menjadi sebak. Begitu juga apabila saya mendukung cucu, apabila teringatkan Nurul Huda saya letakkan cucu semula. Takut, sedih semuanya ada. Malah, sehinggakan apabila orang datang ke rumah dan memberi salam, dada saya berasa berdebar-debar," katanya.
Ketika ditanya perasaannya mengenai pelaku yang masih bebas dan belum diseret ke mahkamah Abdul Gani mengakui, kurang arif mengenai perundangan, siasatan polis mahupun prosedur mahkamah, tetapi hakikatnya pelbagai perasaan berkocak termasuklah, sakit hati, makan hati dan sebagainya. Bagi mengubat hati, cuma membaca al-Quran saja yang paling mujarab.
"Saya tidak mahu kata banyak, takut tersilap dan melukakan hati orang lain. Tetapi saya tertanya-tanya juga kalau menonton cerita mengenai penyiasatan atau perundangan di televisyen mengapa semuanya berjalan baik saja. Tidak tahulah saya di mana silapnya dalam kes Nurul Huda. Mungkin kesilapan itu juga berpunca daripada saya yang tidak dapat memberikan bukti dan mengemukakan saksi yang cukup ketika siasatan dibuat. Memanglah dalam keadaan buntu banyak perkara yang saya tidak dapat ingat. Walau apa pun, saya bersyukur Nurul Huda dalam peliharaan Allah dan itulah yang memberikan kekuatan," katanya terus menahan sebak.
Kejadian yang menimpa gadis berusia 17 tahun, Farrah Deeba Rustam pada 14 Februari 2001 sebelum ini, turut memberi tamparan hebat kepada ibunya, Zuraidah Abdullah apabila seorang remaja lelaki yang dituduh membunuh pelajar tingkatan lima itu dibebaskan Mahkamah Tinggi Ipoh, awal 2004. Farrah Deeba dirogol dan di bunuh di bawah jambatan jalan masuk ke Kampung Tersusun Batu 2, Jalan Lama Bidor-Tapah. Mangsa mati akibat dicekik menggunakan tali lebar seperti tali pinggang keledar.
Bagaimanapun, remaja yang dihadapkan dan dituduh membunuh Farrah Deeba dibebaskan oleh Hakim Datuk VT Singham kerana dikatakan tidak mempunyai pilihan lain kecuali membebaskan tertuduh dengan alasan pendakwa gagal membuktikan kes atau mengaitkan tertuduh dengan pembunuhan seperti pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.
Keputusan itu begitu menyedihkan Zuraidah sehingga memaksanya merayu kepada pihak yang bertanggungjawab, terutama Pejabat Peguam Negara supaya membuka semula kertas siasatan.
Dalam temubual dengan Berita Harian ketika itu, Zuraidah berkata, orang yang melakukan kesalahan perlu dihukum kerana beliau amat menderita bila mengenangkan nasib Farrah Deeba yang menerima ajal dalam keadaan yang aib sedangkan Allahyarham anak yang baik.
Zuraidah turut menjelaskan, tindakannya itu bukan bermakna beliau tidak menghormati keputusan mahkamah, sebaliknya mahukan keadilan bagi pihak keluarganya.
Katanya, sebagai ibu, beliau sudah berusaha sebaik mungkin untuk menjaga dan mendidik Farrah Deeba, walaupun terpaksa bersendirian membesarkan 10 anak selepas berpisah dengan suami. Pastinya, kesedihan Zuraidah masih tiada penghujung apabila anak kesayangan diperlakukan sekejam itu, manakala pembunuhnya pula tidak mendapat hukuman yang setimpal.
FAKTA
Selain kes Nurin Jazlin dan Farrah Deeba, ada beberapa kes bunuh membabitkan kanak-kanak di negara ini yang masih tidak dapat diselesaikan. Antaranya:
Kes Ang May Hong
Pada 12 April 1987 kanak-kanak berusia 10 tahun, Ang May Hong, ditemui mati kira-kira 200 meter dari rumahnya selepas dirogol dan dibunuh dalam keadaan kemaluannya dirodok dengan kayu sehingga menembusi usus dan jantung, manakala leher mangsa juga dijerut dengan wayar. Bedah siasat ke atas mayat mangsa juga mendapati ada banyak kecederaan serius pada badannya dipercayai dipukul dengan benda keras.
Kejadian berlaku ketika May Hong, murid Tahun Tiga Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chiao Nan, Setapak, dalam perjalanan membeli sarapan pagi bersama abangnya, Yeow Thiam, 11, di sebuah gerai berhampiran rumah mereka di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, kira-kira jam 8 pagi hari berkenaan.
Kekejaman ke atas kanak-kanak itu dipercayai dilakukan penagih dadah yang banyak berkeliaran di kawasan berkenaan. Selepas 20 tahun, pembunuh May Hong masih tidak dapat diberkas.
Kes Audrey Melissa Batinathan
Pada 17 Mei 1999, mayat pelajar berusia 17 tahun, Audrey Melissa Bathinathan berhampiran Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur. Mayat mangsa dalam keadaan separuh bogel ditemui berhampiran sekolahnya. Mayatnya ditemui seorang pekerja Alam Flora ketika membersih kawasan itu, pada jam 7 pagi pada 18 Mei, dengan kesan cekik pada bahagian leher.
Bedah siasat mendapati beliau dipukul di kepala, dirogol dan dijerut lehernya. Pada awal siasatan, dua lelaki yang berusia 20 dan 28 tahun ditahan bagi siasatan berhubung kematian pelajar berkenaan. Bagaimanapun, sehingga kini pembunuh Audrey masih belum berjaya dihadapkan ke mahkamah.
Kes Preeshena Varshiny
Pada 1 Novembar 2007, seorang murid Sekolah Kebangsaan St Mary, Selayang Preeshena Varshiny, 9.
Didera secara seksual sebelum dibunuh dan dicampak dari sebuah rumah kosong di Kondominium Casa Mila Tower di Jalan Bukit Idaman 3/1, Selayang. Kanak-kanak malang itu ditinggalkan bersendirian oleh ibu bapa yang bekerja. Berikutan kejadian itu, pihak berkuasa menjalankan ujian DNA ke atas 31 sampel yang diambil daripada 26, pengawal keselamatan dan lima pekerja di kondominium berkenaan serta diharap dapat memberi petunjuk bagi menyelesaikan kes itu. Namun, sehingga itu masih belum diselesaikan.
2 comments:
haaaaaaa..tade keje je,visit blog ko kan..muehehe
anyhoo,i absolutely agree on ur entry regarding the increasing and unsolved crimes in our country.i suppose we should not totally depend on police to solve these problems.patut ade body or organization yg focus utk uruskan mslh2 ni.ke ade kt msia,tp aku xpernah tau?muehehe =P
ngeh2..aku pon xsure tapi banyak sangat kot unsolved crimes kt msia..huhu.. ade la kot yg berdedikasi tapi ramai lagi yg x kot.ngeh2...
Post a Comment