Hospital Negligence(2 cases in today's harian metro..)
Case #1
Keluarga bayi yang terpaksa dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, selepas mukanya kebiruan akibat meminum susu diberikan seorang jururawat, September tahun lalu, bercadang memfailkan saman. Ibu bayi berkenaan, Rohani Harun, 30, berkata dia sudah berjumpa dengan peguam Biro Bantuan Guaman bagi memfailkan kes saman berkenaan di mahkamah. Menurutnya, tindakan itu dibuat kerana tidak berpuas hati dengan kecuaian jururawat berkenaan terhadap bayi lelakinya, Mohd Shadan Abdul Aziz, yang dilahirkan pada 6 September tahun lalu.
(erk saye xtahu ni negligence or intolerance kat susu tu..tapi she was saying about kecuaian here so maybe susu basi ke..but kebiruan?hmmm..)
Case #2
Menurut Mohd Atfan, anak keempatnya itu dilahirkan normal pada 8 September tahun lalu di sebuah hospital swasta di Damansara, Selangor. Bagaimanapun, katanya, bayinya kemudian mengalami cirit-birit dan muntah susu kira-kira sebulan selepas itu menyebabkan dia dirawat di sebuah hospital swasta di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
“Anak saya kemudian dimasukkan ke wad dan ketika itu, badannya turut dimasukkan air.
“Ketika itu, jururawat hospital berkenaan mengalami masalah untuk memasukkan air kerana sukar mencari urat di tangan dan akhirnya terpaksa dimasukkan melalui kaki,” katanya yang juga kakitangan Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan di Pusat Bandar Damansara.
Menurutnya, anaknya itu dirawat selama lima hari sebelum dibenarkan pulang selepas keadaannya beransur pulih.
“Namun, selepas lima hari, cirit-birit dan muntahnya berulang menyebabkan saya membawanya ke hospital sama sebelum dibenarkan pulang lima hari kemudian.
“Bagaimanapun, tiga empat hari kemudian kakinya mula membengkak dari pangkal paha ke lutut dan sekali lagi terpaksa membawanya ke hospital sama.
“Doktor di klinik itu kemudian meminta saya merujuk Mohd Danish ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.
“Selepas berbincang dengan kenalan dan keluarga, saya mengambil keputusan merujuknya ke HUSM, 29 November tahun lalu.
“Saya berterima kasih kepada semua pakar dan petugas HUSM yang sudah berusaha menyelamatkan nyawa dan kaki anak saya yang ketika itu agak kritikal termasuk tidak sedarkan diri,” katanya.Mohd Atfan berkata, dia masih menunggu laporan doktor di HUSM sebelum mengambil tindakan lanjut termasuk menyaman hospital swasta itu kerana didakwa cuai.
(ni maybe kecuaian..huhu..nauzubillah...)
No comments:
Post a Comment